Rawat BATUK dengan Air Rebusan Daun Sup – SOP Penanaman Daun Sup

1. Mudah sebenarnya untuk menanam daun sup ini. Pokok ini sering digunakan dalam masakan seperti sup ayam, sup ikan dan sebagainya.

2. Tiga bahan yang diperlukan untuk menanam Daun Sup adalah benih, bekas polybag atau pasu dan juga tanah.

3. Sediakan tapak untuk semaian, boleh gunakan bekas semaian yang boleh didapati di pusat Nurseri atau kedai Eco.

5. Seterusnya adalah penyediaan benih. Rendam benih selama satu malam atau 10 jam dengan air paip. Sebaiknya adalah air yang tanpa klorin. Ianya dapar mengaktifkan benih agar mudah bercambah.

6. Terdapat satu teknik rendaman yang jarang sekali digunakan lalu menyebabkan pokok daun sup cepat mati. Rendamkan benih dengan air suam selama 5-10 minit.

7. Kemudian, sejatkan benih lalu diletakkan dalam bekas semaian. Sebelum memasukkan benih, basahkan tanah, semai benih dan tutup dengan lapisan tanah yang nipis.

8. Siram benih dengan semburan air dan letakkan tapak semaian di kawasan yang redup. Gunakan media tanah yang jenih gembur dan tidak menakung air.

9. Tempoh bagi benih daun sup bercambah adalah 10 hari ke 14 hari. Sekiranya tanah semaian mulai kering, semburkan dengan air.

10. Setelah bertunas, jadual penyiraman air sebanyak dua kali sehari hendaklah dikurangkan mengikut keperluan tanah. Sekiranya tanah mulai kering, siramkan dengan air.

11. Elakkan pembajaan yang terlalu kerap, ini akan membuatkan pokok daun sup mudah layu dan mati. Cukuplah hanya sebulan sekali sahaja.

12. Petua lain adalah, siramkan pokok daun sup dengan air beras 2 minggu sekali. Ini akan membuat pokok menjadi lebih subur.

13. Selain digunakan dalam masakan, air rebusan daun sup semata-mata ini dapat membantu memberi kelegaan kepada batuk yang berpanjangan.

Artikel ini dipetik dari keluarga.my dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*