Rawat Buasir dengan Sireh Cina – SOP Penanamannya

Hari ini Min nak kongsikan cara-cara menanam pokok sireh cina dengan mudah sekali. Pokok Sireh Cina atau Ketumpang Air ini mempunyai banyak khasiat antaranya adalah dapat merawat buasir.

Cara-caranya adalah ;

1. Ambil batang sireh sepanjang lebih kurang 2 kaki

2. Buang daun disepanjang batang sireh. Ini bertujuan agar pertumbuhan akar sirih lebih cepat. Kemudian, buat lingkaran

3. Langkah seterusnya ialah tanam lingkaran tadi tapi jangan terlalu dalam. Cukup sekadar menutup lingkaran tadi, dengan membiarkan kedua-dua hujung batang pokok berada di atas tanah. Selepas siap tanam, siram batang sirih tu.

Petua : Letakkan pokok ini ditempat yang sedikit teduh. Jikalau anda menanam di atas tanah dan tempat itu panas, lindung sedikit pokok sehingga separuh. Apabila naik pucuk yang baru, barulah dialihkan penutup tersebut. Kalau tak pokok akan cepat mati.

Antara khasiat lain Sireh Cina adalah merawat Gout, menjadi penawar sakit sendi dan perut ( minum jusnya mengelakkan jangkitan pada mata). Selain itu, cirit-birit, batuk, Demam (caranya dengan meramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala) dan selsema. Sesiapa yang mempunyai kayap juga boleh menggunakan sireh ini dengan meramasnya lalu tampalkan ditempat kayap sebagai ikhtiar untuk sembuh.

Artikel ini dipetik dari MyAgri dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*