Rawatan Alternatif Batu Karang

PUNCA

Masalah batu karang terbentuk apabila perubahan berlaku pada kira kira air garam, mineral dan kandungan lain yang di temui dalam air kencing.

Tanda-tanda ada masalah batu karang ialah berasa sakit di bahagian kiri dan kanan pinggang, loya, muntah dan berpeluh, tidak boleh kencing dan kencing berdarah.

RAWATAN

Nenas batu. Rebus sebiji dan minum airnya, seminggu insyahallah sembuh, sudah terbukti sejak dari dulu lagi.

Rebus misai kucing 3 helai, bila suam minum air rebusan tadi, insyahallah batu karang sembuh.

Saya cadangkan minum rendaman bunga Ratu Pari insyahallah, sebab saya dah amalkannya, harga pun tidak mahal – Jamsari Jaafar

Minum air rebusan pokok bayam berduri atau air rebusan pokok dokong anak. Saya dulu selalu amalkan sebab ada batu karang – Aminah Jalil

Ambil daun kekabu atau kapok yang agak tua, dalam berbelas helai, bukan tangkai ye, rebus dan minum airnya bila suam.

Minum air suam banyak-banyak, air rebusan bali, makan lobak putih atau blend dan minum jusnya serta banyakkan makan buah tembikai.

Cuba minum air rebusan mengkudu dengan air kelapa muda, sudah ramai yang mencuba dan tidak jadi buat pembedahan.

Ambil 9 helai daun pecah beling atau pecah batu, rebus daripada 2 cawan air sampai tinggal satu cawan, biarkan suam dan minum. Insyahallah batu karang boleh sembuh.

Semua rawatan alternatif diatas tidak sesuai untuk semua orang, ada yang boleh sembuh dan sebaliknya. Sebaiknya penulis sarankan anda berjumpa dengan dokor pakar untuk buat rawatan.

Semoga informasi ini dapat membantu anda – Sifudurian

Sumber: Khasiat Dan Petua Dulu Skrg

 

About Sifudurian 199 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*