Rawatan Alternatif Migraine

PUNCA

Migrain disebabkan kurang tidur, tekanan, merokok, bau yang kuat, mabuk laut, makan berlebihan, minum caffeine dan sebagainya.

RAWATAN ALTERNATIF

Basuh kepala dengan ais batu campur limau ataupun mandi dengan ais, insyahallah membantu.

Cuba minum teh o kosong dengan daun kari 7 helai, amalkan meminum setiap hari

Bila datang migraine, basahkan kepala, lepas tu balut dengan tuala, letak minyak angin ditepi kepala, jauhkan telefon, tidur dalam bilik yang sunyi dan gelap, dapatkan deep sleep dalam 2 jam, insyahallah bangun nanti sakit dah hilang.

Ambil ais letak di belakang tengkuk, amalkan bila migraine menyerang anda.

Cuba buat bekam, ia mujarab dan bertahun-tahun tak kena migrain lepas tu

Urut bahagian ubun kepala arah depan belakang, gunakan ibu jari urut sampai pusat rambut sambil tekan tekan

Cuba amalkan meminum air kelapa muda untuk legakan migrain

Ambil limau kasturi yang telah dibelah dah perah limau tersebut di atas kepala sambil meramasnya. Insyahallah, migraine akan hilang.

Semoga dapat membantu mengatasi migraine anda – Sifudurian

 

About Sifudurian 199 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*