Redakan Demam Panas – SOP Penanaman Belimbing Buluh

1. Penanaman Belimbing Buluh sesuai ditanam di kawasan yang rendah dan subur.

2. Anak pokok belimbing buluh seeloknya ditanam dalam lubang tanaman yang berukuran 1×1 meter dan kedalaman sedalam 0.5 meter.

3. Petua orang dahulu menyatakan sebaiknya menggali lubang tanaman sebulan sebelum menanam belimbing buluh ini. Kemudian siramkam air sehingga penuh. Air akan meresap dan jika ia meresap laju maknanya tanah itu sesuai untuk digunakan.

4. Ambil sebahagian tanah lalu dicampurkan dengan baja organik. Kemudian masukkan kedalam lubang. Pastikan saliran air yang baik bagi mendapatkan hasil buah belimbing yang gemuk dan subur.

5. Benihnya biasa diambil dengan kaedah mengetut. Masukkan benih menggunakan tangan ke dalam lubang lalu disiram dengan air. Elakkan dari menanam benih terlalu dalam, ini bagi memudahkan pertumbuhan akar.

6. Jarak yang disyorkan di antara pokok belimbing buluh adalah 6m x 6m. Pastikan siram pokok belimbing 2 kali sehari bagi mengelakkan benih menjadi terencat.

7. Setelah pokok berusia 1 tahun, proses pembajaan boleh dilakukan. Baja organik dan NPK 15:15:15 digalakkan untuk digunakan.

8. Tanaman belimbing akan matang dan berbuah setelah 3-4 tahun. Penuaian boleh dilakukan dengan memetik buah tersebut. Harga belian dari ladang adalah sekitar RM0.70-RM0.80 sekilogram buah segar dan kebiasaanya digunakan untuk menghasilkan sambal hitam.

9. Sekiranya mengalami demam panas, anda boleh menggunakan daun belimbing buluh untuk meredakan demam.

10. Caranya adalah dengan ambil beberapa helai daun belimbing buluh yang masih segar. Ramas kesemua daun tersebut bersama dengan sedikit air hingga lumat.

11.Setelah lumat, letakkan daun yang telah diramas tadi di atas sehelai kain bersih. Akhir sekali, demahkan kain tadi pada kepala si pesakit.

12.Biarkannya begitu sehinggalah rasa panas berkurangan. Jika masih tak reda, ulangi langkah diatas.

Artikel ini dipetik dari AnimHosnan dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*