Respon Habib Ali, Apabila namanya dicadangkan menjadi Mufti

Respon Habib Ali, Apabila namanya dicadangkan menjadi Mufti

Baru-baru ini wujud satu petisyen yang mencadangkan nama Pendakwah Bebas Habib Ali Zaenal Abedin al-Hamid sebagai Mufti Wilayah Persekutuan. Ia juga mendapat lebih daripada 33,000 orang bersetuju atau menyokong pendakwah tersebut mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Dr Zulkifli al-Bakri.

Berikut adalah respon daripada Habib Ali sendiri mengenai perkara tersebut. Mengikut sumber menyatakan bahawa Habib Ali Zaenal berkata bahawa Malaysia mempunyai ramai ilmuan lain yang layak untuk memegang tanggungjawab tersebut.

“Mufti Wilayah hendaklah seorang yang berpegang kepada ahli sunnah wal- jamaah, jadi disini (negara) mempunyai ramai lagi ilmuan yang berpegang kepada akidah ini (ASWJ) yang lebih layak untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang mufti WIlayah Persekutuan.

Tambahnya lagi, petisyen yang telah dibuat oleh individu tersebut sudah pasti bukan untuk dirinya sebaliknya untuk kebaikan agama dan negara Malaysia. Jadi menurutnya lebih ramai ilmuan yang lebih layak dan pakar dalam bidang usul fiqh dan fiqh memikul tanggungjawab tersebut.

“Memegang tanggungjawab ini lebih menjadi rujukan kepada hukum hakam yang perlu dibahaskan secara terperinci” – Kata Habib Ali dalam kenyataannya hari ini.

Untuk pengetahuan anda semua, petisyen yang meminta Habib Ali untuk menjadi Mufti Wilayah telah tular di media sosial semalam. Jawatan itu kosong selepas Dr Zul telah dilantik oleh Perdana Menteri memegang portfolio sebagai menteri. Ini menjadikan Sejarah baru apabila seorang mufti diangkat menjadi menteri.

Habib Ali juga mengulas mengenai jawatan tersebut, mengatakan siapa sahaja yang bakal mengisi jawatan tersebut hendaklah individu yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dan berpandukan kepada Imam Abu al-Hassan al-Asyari.

Selain itu, beliau juga mestilah berpegang kepada Mazhab Syafiq yang telah menjadi panduan dan landasan kepada hukum hakam di Malaysia.

”Ilmuan tersebut perlu arif dalam bidang fatwa, berpegang kepada ASWJ berpandukan kepada Imam Abu al-Hasan al- Ash’ari dan berpegang kepada Mazhab Syafie.

” Inilah yang menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia, bahawa orang yang dipilih mempunyai kelayakan tersebut,” katanya.

Reaksi Rakyat Malaysia

Ada juga sebilangan kecil tidak bersetuju untuk melantik ulama ini mengisi jawatan tersebut. Rata-rata meminta agar menamakan pendakwah tempatan mengisi jawatan sebagai mufti Wilayah Persekutuan. Ini dapat kita lihat di media sosial.

Walau apa-apapun semoga yang mengisi tempat tersebut membawa kesejahteraan buat umat Islam di Malaysia. Selain mereka yang mengisi jawatan Mufi Wilayah terdiri dari orang yang hebat dalam bidang ilmu agama dan alim.

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*