Rezeki lumayan tanam buluh lemang

TEMERLOH: Enam tahun lalu, usaha Lailawati Ahmad dari Kampung Buntut Pulau di sini, mengusahakan tanaman buluh lemang seluas o.8 hektar, dianggap tindakan sia-sia kerana tidak komersial seperti tanaman lain.

Ternyata pandangan itu salah, apabila ia kini berbal0i susulan permintaan terhadap buluh lemang sentiasa ada dan meningkat terutamanya sepanjang Ramadan.

“Walaupun baru seminggu umat Islam berpuasa, tempahan buluh lemang telah melebihi 2,000 batang setakat ini.

“Saya jangka tahun ini permintaan terhadap buluh lemang akan meningkat berbanding tahun lalu. Tahun lalu saya dapat menjual lebih 10,000 batang buluh lemang walaupun dalam musim C0v1d-19,” katanya.

Lailawati, 48, menjangkakan tahun ini, permintaan buluh lemang yang diusahakannya akan lebih tinggi berdasarkan maklum balas 0rang ramai setakat ini.

Beliau berkata, pembelinya kini tidak terhad dari sekitar Pajang tetapi juga luar dari negeri ini, khususnya pada minggu akhir Ramadan.

Lailawati berkata, selain digunakan untuk membakar lemang, buluh terbabit turut digunakan untuk menghasilkan nasi br1yani buluh.

(gambar atas) Lailawati mengusahakan tanaman buluh lemang di tanahnya seluas 0.8 hektar di Kampung Buntut Pulau, Temerloh. – NSTP/Roselan Ab Malek

Katanya, berikutan bekalan buluh dari kebunnya tidak mencukupi, beliau turut mendapatkan bekalan daripada masyarakat 0rang Asli sekitar Temerl0h dan Bent0ng.

Menurutnya, beliau menjual dengan buluh lemang itu pada harga RM1.20 bagi satu ruas tanpa daun pisang dan RM2 jika disiapkan bersama daun pisang.

Katanya, sebelum mula menanam buluh itu, beliau mencarinya dalam hutan sekitar Temerloh tetapi kesukaran mendapatkannya berikutan kegiatan pembersihan hutan, mend0rongnya menanam sendiri tumbuhan itu.

“Saya semai anak buluh terbabit dan menanamnya untuk memenuhi permintaan khususnya menjelang musim perayaan,” ujarnya.

Katanya, selain menjual ruas buluh, beliau juga menjual lemang atas jenama Bismillah di Pekan Sehari Temerloh pada setiap Ahad.

Katanya, sepanjang Ramadan ini, dia menjual lemang di Bazar Lurah Semantan setiap hari pada harga RM1o hingga RM15 sebatang bergantung saiz buluh – Berita Harian

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*