Rezeki terima tempahan 55,000 batang lemang

Kajang: Kedatangan Syawal memberi rezeki berganda buat Sharuddin M0hd Rahim apabila menerima tempahan 55,000 batang lemang pada tahun ini.

(Gambar) SHARUDDIN menyusun buluh selepas menerima tempahan 55,000 batang lemang sempena Aidilfitri. FOTO AZHAR RAMLI

Sharuddin, 50 berkata, jumlah itu meningkat berbanding 40,000 tempahan diterima tahun lalu dan 20,000 pada 2019.

Bapa kepada enam anak itu berkata, selain pelanggan tetap, tempahan itu diterima daripada orang ramai menerusi laman s0sial iaitu Facebook (FB) dan Instagram (IG).

Katanya, ada pelanggan datang secara terus ke gerainya untuk membeli lemang dijualnya dengan harga RM13 bagi saiz M, RM15 untuk L dan RM17 (XL).

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan pada masa sama terkejut apabila menerima tempahan lebih banyak pada tahun ini.

“Peningkatan jumlah tempahan itu kemungkinan disebabkan pelaksanaan Per1ntah Kawalan Pergerakan (P.K.P) kerana jualan lemang saya mula memberangsangkan sejak tahun lalu.

“Rata-rata pelanggan membeli kerana tahu saya berniaga di sini setiap hari, bukan ketika Ramadan saja selain mahu menikmati lemang di pagi raya walaupun tidak pulang ke kampung.

“Ini dinamakan rezeki buat saya, keluarga dan kakitangan menjelang Syawal,” katanya ketika ditemui di gerainya yang dinamakan L0mang Paneh Nogori di Sungai Merab, di sini.

Sharuddin berkata, pengalaman tahun lalu menyebabkan dia lebih bersedia untuk menyiapkan tempahan yang banyak pada tahun ini.

Menurutnya, dia dibantu 17 individu terdiri daripada ahli keluarga dan kakitangan.

“Kerja menyediakan dan memba*kar lemang bermula 7.30 pagi semalam dan akan diteruskan sehingga 10 malam esok.

“Selain menyiapkan tempahan, saya turut menyediakan 18,000 batang lemang untuk pelanggan yang datang terus ke gerai, cuma jumlah itu terhad jadi siapa cepat, dia yang dapat.

“Selain menjual lemang, saya turut menjual rendang ayam, daging lembu dan maman pada harga RM1o, RM12 dan 14 untuk 2oo gram,” katanya yang berniaga lemang sejak 17 tahun lalu – Harian Metro

Artikel berkaitan…

Tak Perlu Ba*kar Atau Pakai Buluh, Ini Cara Mudah Buat Lemang Guna Cawan Kertas!

Tak lama lagi umat Islam di seluruh negara bakal menyambut ketibaan bulan Ramadan dan disusuli dengan Hari Raya Aidilfitri.

Namun seperti yang kita sedia maklum, keadaan semasa ak1bat penularan Cov1d-19 telah membuatkan kita semua terkurung di dalam rumah tanpa kemeriahan sambutan puasa seperti tahun-tahun sebelumnya — tiada bazar Ramadan, tiada solat tarawih dan jika dilanjutkan sehingga ke bulan Mei kita juga berkemungkinan hanya beraya di rumah tanpa boleh pulang ke kampung halaman masing-masing.

Sed1hkan, bila mengenangkan tak dapat menikmati air tangan juadah raya ibu dan insan tercinta, seperti lemang, rendang, ketupat dan kuih raya kegemaran.

Tetapi, korang jangan risau sebab korang pun sebenarnya boleh je buat lemang sendiri tanpa perlu keluar mencari buluh atau ba*kar di tempat terbuka.

Bahan-bahan serta cara membuat lemang ini pun mudah sahaja, orang bujang pun boleh cuba untuk makan sendiri. Jadilah bagi melepaskan rindu lemang di kampung.

BAHAN-BAHAN : 1/2kg beras pulut dicuci dan toskan, Santan kotak KARA, 1 sudu teh garam, Cawan kertas / tin minuman, Daun pisang dan Air

CARA MEMASAK : Basuh beras pulut dengan bersih dan t0skan. Kemudian lap daun pisang hingga bersih. Masukkan daun p1sang ke dalam cawan kertas atau tin (apa-apa tin buangkan atas bahagian buka)

Isi Beras pulut JANGAN penuh dan JANGAN ketuk cawan untuk bagi mampat. Yang terakhir masukkan santan Kara yang telah dicairkan dengan air dan campur garam secukupnya.

Siap! selamat mencuba!

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*