RM167.98 juta disalurkan bantu industri pertanian, jaminan makanan

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM167.98 juta pembiayaan telah disalurkan kepada golongan petani, peladang dan nelayan setakat 2 Julai, 2021 bagi menyo’kong industri pertanian dan makanan negara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pembiayaan tersebut adalah sebahagian daripada RM400 juta yang diperuntukkan bagi golongan terse’but.

“Di bawah skim sokongan industri pertanian dan makanan ini, RM350 juta merupakan peruntukan di bawah Skim Pembiayaan Mikro’kredit Agrobank.

“Jaminan makanan amat dititikberatkan dalam Penjana (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara) dan Belanjawan 2021,” katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nsional (Laksana) ke-61 yang dikeluarkan pada Khamis.

Beliau berkata, di bawah skim sokongan penggunaan teknikal dan digital bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat di peringkat perten’gahan, sejumlah RM76.62 juta telah disalurkan kepada 13,873 perniagaan dalam bentuk geran dan pinjaman untuk langganan perkhidmatan digitalisasi, setakat 2 Julai.

Tengku Zafrul berkata, sebanyak 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja juga telah menerima manfaat Program Sub’sidi Upah (PSU) 1.0 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Pri’hatin Rakyat dan Penjana.

Beliau berkata, setakat 2 Julai, permohonan subsidi upah yang diluluskan telah mncapai nilai RM12.907 bilion. – Bernama

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*