RM20 sekilogram Ikan Puyu Hibrid – Ternakan yang Berpotensi Tinggi

Kerajaan menggalakan golongan belia untuk menceburi ternakan ikan Puyu Hibrid yang masih baru lagi di Malaysia ini. Ternakan ini adalah ternakan yang baru sahaja dibawa masuk dari Thailand dan berpotensi tinggi untuk dikembangkan di Malaysia.

Menurut saudara Izzat, 33 tahun. Setelah beliau menceburi bidang ternakan ikan Puyu Hibrid ini beliau dapat membekalkan 30,000 hingga 50,000 benih ikan puyu hibrid setiap minggu.

Beliau juga memiliki 10 kolam berkonsepkan Do it yourself (DIY) yang menggunakan kanvas untuk menternak benih ikan dan transit ikan puyu sebelum dijual kepada pembeli.

Bekalan benih ikan puyu baka Chumphon F1 diperolehi dari Thailand sebanyak 200,000 hingga 250,000 ekor sebulan.

Ikan puyu hibrif mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk membesar, benih ikan puyu yang diternak ini mampu mencecah satu kilogram untuk enam ekor dan paling berat adalah 400g seekor.

Inisiatif beliau membuat kolam secara diy dan membuat makanan ikan pelet sendiri sememangnya membantu menjimatkan banyak kos. Beliau yang mendaftar sebagai pembekal rasmi ikan puyu hibrid dari Thailand itu telah memasarkan benih ikan puyu hibrid ke serata Malaysia.

Sebagai pembekal rasmi, beliau memberi jaminan sekiranya ada penggantian benih lain jika benih ikan puyu yang dibekalkan itu mati dalam tempoh 24 jam atau terbantut pembesarannya.

Ikan Puyu Hibrid yang bersaiz sekitar 300 gram ke 400 gram dipasarkan sebagai ikan mentah atau pun pekasam. Sekilogram ikan puyu hibrid ini berharga RM20.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*