RM27,000 Seekor

MINAT mendalam terhadap ayam baka menyebabkan penternak sanggup membeli ayam benih Pama dengan harga RM19,400 seekor.

Ayam Pama yang diberi  jolokkan ‘Sut Dragon’ itu dijual seorang penternak ayam baka dari Buriram Esan, Thailand, Somchai Sukrat, kepada Suhaidi Ali, 32, dari Pekan Nenas, Pontian, Johor.

Ia dihantar terus kepada Suhaidi melalui seorang kenalan dari Golok, Thailand, Rahim Sut, 40, dengan kos keseluruhan RM1,000.

Pembelian ayam disifatkan sebagai agak mahal itu menjadi tular di media sosial sejak dua minggu lalu selepas ia dikongsi Suhaidi di Facebook miliknya.

Suhaidi atau lebih mesra dikenali sebagai Ady berkata, sebagai penternak dia perlu berbelanja besar untuk memastikan ternakan ayam baka diusahakan sejak 15 tahun lalu itu terus mendapat sambutan.

“Sebelum ini saya pernah membeli ayam termasuk induk dengan harga RM5,000 hingga RM12,000 seekor.

“Bagaimanapun pembelian Sut Dragon mencatat rekod paling mahal pernah dibelinya sepanjang berkecimpung di dalam bidang penternakan,” katanya menerusi Harian Metro

SOMCHAI bersama Sut Dragon yang dijual dengan harga RM19,400. FOTO ihsan Suhaidi Ali (Harian Metro)

Ady berkata, dia memiliki lebih 20 pasang ayam daripada baka terpilih berharga RM5,000 dan ke atas dan sehingga kini sudah melabur lebih RM100,000 di dalam bidang penternakan itu.

“Tiga tahun yang lepas, saya pernah mengalami kerugian lebih RM20,000 kerana lapan ayam terbaik diserang sampar, selain pernah beberapa kali dicuri.

“Namun kejadian itu tidak mematahkan semangatnya dan tetap meneruskannya kerana pulangan diperoleh amat lumayan,” katanya.

Ady berkata, dia amat bertuah kerana sepanjang pembabitannya dalam bidang penternakan itu, isterinya, Norhidaya Mohd Nor, 30, turut membantu.

Katanya, sekiranya dia perlu ke luar kawasan, isteri yang akan menjaga dan memberi makan ternakan di Ladang Ayam Samurai milik mereka.

“Isteri memang seronok turut serta dalam bidang penternakan itu kerana anak ayam yang masih kecil laris terjual dengan harga RM850 hingga RM 1,250 seekor bergantung pada gred,” katanya.

Sementara itu Norhidaya berkata, dia tidak kisah bergelumang dengan najis dan bau busuk ketika menguruskan ladang ayamnya.

“Berbaloi ternak ayam baka kerana ia boleh dijual dengan harga yang mahal, malah permintaan sangat tinggi terutama dari peminat ayam baka.

“Anak ayam baka dihasilkan akan ditempah awal dan biasanya dijual ketika ia baru berusia dua bulan.

“Biasanya kami mampu menghasilkan dan menjual 60 hingga 80 ekor ayam pada setiap bulan dan separuh daripadanya pasti terjual dan selebihnya diasingkan kerana tidak menepati piawaian ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, rekod paling tinggi harga ayam pernah mereka jual adalah RM27,000 seekor kepada rakan ternak di Sabah pada Mei lalu. Anda boleh membaca artikel asal di Harian Metro 

Apa kata anda? sudah baca jangan lupa tulis pendapat anda diruangan komen dibawah, terima kasih sudi membaca.

About Sifudurian 312 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*