RM28 sekilogram, kurang kolesterol, permintaan ayam piru semakin meningkat dan memberangsangkan…

SHAIK M0hamad Azmi bersama sebahagian daripada ternakan ayam pirunya. (gambar)

Hasrat melakukan perubahan dan mencuba sesuatu yang baru ternyata memberikan pulangan lumayan kepada seorang usahawan ayam piru atau ayam belanda di Kampung Permatang Tengah, Bukit Mertajam.

Ini kerana pr0duk bekalan ayam piru atau nama saintifiknya, meleagris gall0pavo kini semakin mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengusaha h0tel di negeri ini ketika menyambut beberapa perayaan.

Berbanding sebelum ini mereka terpaksa mengimport produk makanan itu dari luar negara khususnya Australia.

Shaik Mohamad Azmi Md Shariff, 55, nekad untuk mencuba sesuatu yang baru dengan membuka reban ternakan ayam piru bermula dengan kira-kira 500 ekor pada 2010.

“Saya memulakan bidang penternakan ini sejak tujuh tahun lalu pada skala kecil dengan m0dal RM20,000 bagi membina reban di belakang rumah dan keperluan lain.

“Namun permintaan tinggi dalam kalangan pelanggan mendorong saya melebarkan perniagaan kepada skala lebih besar.

“Berkat sokongan keluarga, rakan dan bantuan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang, bilangan ternakan ayam piru kini sudah mencecah lebih 5,000 ekor,” katanya.

Beliau berkata, bidang penternakan ayam piru diusahakannya itu kini semakin menjadi pilihan pelanggan kerana pr0duk makanan itu kurang k0lesterol selain mempunyai pelbagai khasiat lain.

Ayam piru segar dijual pada harga serendah RM25 hingga RM28 sekil0gram.

Sementara temp0h matang ayam piru mengambil masa antara enam hingga tujuh bulan sebelum boleh disembel1h dan harganya agak tinggi sedikit berbanding produk ayam lain kerana penjagaannya memerlukan penelitian rapi.

“Industri ayam piru secara k0mersial khususnya di negeri ini semakin memberangsangkan mendorong saya berkongsi pengalaman dan percaya prospek produk itu mempunyai peluang cerah.

“Melihat kepada sambutan hebat diterima, saya kini memulakan langkah bukan saja dalam penternakan ayam piru semata-mata malah turut membabitkan benih, baka, daging segar dan latihan kepada usahawan,” katanya.

Pihaknya yakin dengan p0tensi masa depan penternakan itu yang menunjukkan peluang cerah, sekali gus dibantu Amalan Penternakan Baik (GAHP) merangkumi penggunaan mekanisasi ladang, pemakanan baik serta bantuan asas yang perlu.

Katanya, selain ternakan ayam piru, dia turut mengusahakan tanaman herba berskala kecil di sekitar kawasan berkeluasan kira-kira o.2 hektar yang turut mendapat permintaan ramai terutama dalam kalangan pengusaha produk kesihatan.

“Antara jenis herba ditanam ialah buah r0smary, Australian Mints dan taragon yang sesuai untuk merawat pelbagai jenis penyak1t.

“Syukur, perniagaan tanaman herba saya semakin maju dan berjaya membantu merawat penyak1t terutama ken*cing manis, da*rah tinggi serta ka*nser.

“Semua jenis herba dijual terus kepada pelanggan pada harga antara RM10 hingga RM15 sepasu dan saya kini menanam lebih 1,000 pasu.

“Pada masa sama, saya membuat kajian mendalam berkenaan tanaman buah strawberi yang terkenal dengan kelazatan, khasiat dan warna menarik di kawasan tanah rendah,” katanya – Harian metro

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*