Sabah sediakan 35,000 benih durian musang king bersubsidi untuk petani

(Gambar hiasan – atas) K0TA KINABALU, 6 April — Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah melalui Jabatan Pertanian Sabah (JPS) telah menyediakan sebanyak 35,000 benih durian Musang King bersubsidi berkualiti tinggi untuk diagihkan kepada petani di seluruh negeri ini.

“Setiap petani yang layak akan menerima 50 hingga 200 benih durian Musang King bergantung kepada keluasan tanah pemohon,” katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Tanaman Durian Musang King oleh syarikat Zamri Agro Farm di Kinarut dekat sini, hari ini.

Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah I Datuk James Ratib berkata setakat ini, JPS telah mengagihkan lebih 20,000 subsidi benih berkenaan dan selebihnya diagihkan kemudian setelah lebih banyak bekalan benih durian Musang King yang terhad itu diper0leh.

“Setiap petani yang layak akan menerima 50 hingga 200 benih durian Musang King bergantung kepada keluasan tanah pemohon,” katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Tanaman Durian Musang King oleh syarikat Zamri Agr0 Farm di Kinarut dekat sini, hari ini

Beliau berkata kementeriannya sangat mengalu-alukan penglibatan orang ramai khususnya penduduk di kawasan luar bandar untuk menceburi pertanian khususnya penanam durian Musang King yang kini mempunyai potensi pasaran yang sangat besar.

“0leh itu, saya meminta kerajaan Sabah ini dapat menyediakan peruntukan yang lebih besar untuk penyediaan benih durian Musang King bersubsidi kepada para petani yang layak,” tambahnya.

Sementara itu, James turut menggesa JPS untuk menghantar lebih ramai kakitangannya untuk berkursus atau mempelajari ilmu pertanian khususnya cara penanaman durian Musang King.

“Kakitangan JPS yang telah mempelajari ilmu tentang cara penanaman durian Musang King yang betul kemudiannya boleh turun padang dan membantu para petani yang kini sedang berkecimpung dalam penanaman durian berkenaan,” katanya.

Pada masa yang sama, James berkata kementeriannya memerlukan seorang penasihat yang mempunyai pengetahuan luas dalam bidang penanaman durian Musang King agar Sabah b0leh menjadi hab untuk menanam dan mengeksport durian berkenaan.

“Sabah mempunyai p0tensi besar untuk menjadi hab penanaman durian Musang King kerana mempunyai keluasan tanah yang sangat besar dan ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin,” katanya.

Sumber : BERNAMA

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*