Sanggup berhenti kerja pelantar minyak usahakan tanaman melon

Halim Ismail, 31, dari Kampung Parit Che Ha memetik Melon Manis Terengganu (MMT) di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Perad0ng, Manir. FOTO AHMAD RABIUL ZULKIFLI (Gambar atas)

Kuala Terengganu: Pernah memperoleh pendapatan lima angka bekerja di pelantar minyak, namun lelaki nekad berhenti kerja demi mengusahakan tanaman Melon Manis Terengganu (MMT).

Keputusan yang diambil Halim Ismail, 31, dari Kampung Parit Che Ha ternyata tepat apabila tanaman MMT yang diusahakannya memberi pulangan dan pendapatan lebih lumayan.

Halim berkata, dia menyertai pr0jek tanaman MMT di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Peradong, Manir, di sini, sejak 2o19.

“Saya tidak menyesal meninggalkan kerja lama, malah berasa bersyukur kerana memilih untuk bergiat dalam bidang pertanian itu.

“Sekarang saya mempunyai empat Rumah Pelindung Hujan (RPH) di TKPM. Setiap RPH menempatkan 1,500 pokok MMT dengan mengeluarkan hasil sebanyak satu tan untuk setiap musim selama 65 hari.

“Jumlah keseluruhan hasil MMT yang dituai adalah empat tan semusim dan dianggarkan RM40,000,” katanya ket1ka ditemui di TKPM, di sini, hari ini.

Katanya, buah iko0 Terengganu itu dijual pada harga RM4 hingga RM10 sekil0gram bergantung kepada gred.

“Buah yang besar dengan warna serta kulit yang cantik digredkan sebagai buah premium dan dijual pada harga RM10 sekilogram.

“Sehingga kini permintaan sentiasa meningkat manakala penawaran masih rendah dan tidak mencukupi.

“Biarpun buah itu ditanam empat kali setahun tetapi penawaran buah masih tidak mencukupi untuk menampung permintaan terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi K0perasi Pengusaha Melon Manis Terengganu Berhad (KPMMTB) Tengku Norulhuda Tengku Muhammad berkata, terdapat seramai enam pengusaha MMT dan tidak pernah belaku lambakan seperti buah-buhan lain.

“Harga yang ditawarkan tetap dan tidak berubah walaupun penawaran MMT melebihi permintaan,” katanya – Harian Metr0

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*