“Saya Janji Tak Akan Curang Lagi Pada Isteri”

Bekas penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar, memberi jaminan dia tidak akan berlaku cu,rang lagi kepada isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah.

Mengakui menyesal diatas setiap perbuatannya sebelum ini, Shuk berkata, siri kecuran,gannya mengakibatkan dia bukan saja dicemuh bahkan kehilangan punca pendapatan utama selain berdepan keruntuhan rumah tangga.

“Ya, sudah tentu saya memang tak akan cu,rang lagi.

“(Kerana cu,rang) saya jatuh terduduk, saya hilang gaji setahun dan semasa tu pulak baru berpindah rumah.

“Siapa sangka saya kehilangan kerja tiba-tiba sedangkan dalam fikiran saya kontrak akan tamat pada 2023,” katanya.

Pemilik nama penuh Mohammad Shukri Mohamed Sahar itu ditemui pada majlis pelancaran Semooth Kafe di Plaza Wangsa Maju, Seksyen 10, Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, pengacara dan pelawak itu didedahkan oleh isterinya berlaku cu,rang buat kali kedua dengan wanita yang sama.

Ia didedahkan melalui sebuah rakaman video yang kemudian dimuat naik di Instagram.

Mahu pandang ke depan

Selepas kisah kecu,rangannya memanas, Hot FM menggantung tugas Shuk sebagai penyampai radio di stesen itu berkuat kuasa serta-merta pada 25 Jan sebelum kontraknya ditamatkan pada 18 Feb.

Selepas itu Shuk cuba memulihkan hubungan dengan Rossalennah termasuk menghantar rombongan ‘meminang’ untuk memujuk semula isterinya itu agar kembali bersama.

Pasangan itu kemudian kembali tinggal sebumbung.

Shuk, 35, berkata dia menghargai semangat dipamerkan Rossalennah yang sedia mempertahankan rumah tangga mereka walau dilanda badai.

Kata Shuk, dia tidak akan mampu menjadi secekal Rossalennah jika berada dalam situasi sama dan ia membuktikan kecintaan isterinya itu.

“Jika kena pada batang hidung sendiri, saya tak tahu dapat jadi sekuat dia atau tidak. Allah SWT hanya akan uji seseorang itu mengikut kemampuannya,” katanya.

Shuk di kafenya yang baru dibuka

Ditanya berhubung kariernya sebagai penyampai radio, Shuk mengakui ia terpaksa diperlahankan buat sementara waktu hingga ada tawaran seterusnya.

“Orang sedia maklum kerjaya utama saya ialah sebagai penyampai radio tapi sekarang dah tak ada, namun saya masih ada kafe selain masih menjalani penggambaran I Can See Your Voice musim keempat,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai Semooth Cafe, Shuk berkata, dia komited untuk terus menandang ke depan dan selesa meletakkan fokusnya dalam bidang perniagaan.

Menurutnya, idea untuk menghasilkan kafe sebenarnya sudah lama.

Memandangkan kebetulan dia tidak terikat dengan komitmen sebagai penyampai radio, kata Shuk, dia berasa sekarang adalah waktu sesuai untuknya beralih tumpuan.

Menceritakan kisah di sebalik nama kafe itu, Shuk berkata, ia muncul ketika sedang membincangkan pelbagai idea yang dicadangkan namun semuanya dianggap tidak berapa sesuai.

“Akhirnya suatu hari saya ternampak sekumpulan semut. Kemudian saya dapat ilham untuk menjenamakan kedai sebagai Semooth Cafe.

“Watak semut sukakan sesuatu yang manis, tapi ia memberi simbolik kepada semangat setiakawan dan berpasukan sememangnya ia sesuai dengan konsep kedai ni,” katanya – Malaysiakini

About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*