Scmmer daripada China guna teknik COD/ Dapat barang baru bayar

Ramai sudah pembeli di Malaysia terkena dengan teknik sca*mmer daripada China yang menjual barang-barang mengunakan teknik COD (dapat barang baru bayar)

Ramai sebenarnya akan percaya seller takkan Seller men*ipu sebab dapat barang dulu baru bayar kan.

Sebenarnya modus 0perandi mereka akan jual sesuatu barang pada harga tak masuk akal seperti gadget, phone, laptop dan sebagainya. Contohnya harga pasaran tablet RM800 tapi mereka hanya jual pada harga RM300.

Mereka akan mengunakan company DHL atau Ninja Van untuk menghantar barangan mereka. Pembeli perlu membayar dahulu sebelum mereka dapat membuka parcel mereka.

Dan apabila mereka membuka parcel tersebut, saat inilah kita akan rasa tert*ipu. Macam saya order laptop touch screen tapi hanya dapat plastik game demo set yang hanya untuk display je. Bila saya jumpa balik dengan rider DHL tu mereka pun tak dapat buat apa sebab dah klik Successful Delivered.

Bila saya pergi balik ke page tersebut rupanya ramai yang tert*ipu, ada yang dapat keyboard b0doh je. Ada yang dapat plastik hiasan dan paling best selepas 3, 4 minit kita komen pasal penipuan, mereka terus delete komen kita dan akan disa*ble page pada hari itu juga.

Walaubagaimanapun, mereka akan membuat beribu page lagi dan menggunakan iklan di FB untuk mencari pelanggan.

Mereka langsung tidak memberikan nombor contact atau email untuk kita hubungi. Hanya ada email daripada company DPE Logistic iaitu company Delivery daripada China.

Jadi sampai kita ma*ti pun kita takkan tahu siapa, di mana dan berapa ramai sudah menjadi man*gsa mereka.

Jadi hati-hati lah kalau ada jualan murah tak masuk akal.

Kredit: La Dolce Niza

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*