Sebatang RM1.50, lelaki jana pendapatan lumayan jual buluh lemang!

PORT DICKSON – Hanya menjual buluh lemang seorang lelaki mampu menjana pendapatan lumayan setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Mohd Rusydi Rusli, 31, yang menjual buluh itu pada harga RM1.5o sebatang menerima tempahan sekurang-kurangnya 7,000 sehingga 10,000 batang.

Menurutnya, idea menjual buluh lemang itu timbul selepas dia dicadangkan oleh seorang pembekal buluh lemang tiga tahun lalu.

“Jadi kebiasaan buat keluarga saya setiap kali malam raya kam1 akan gotong-royong membakar lemang dan biasanya saya akan beli daripada pembekal buluh lemang sendiri.

“Saya tidak menyangka kali pertama menjualnya dapat menerima tempahan sehingga 10,000 batang,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

M0hd Rusydi (kiri) melayan pelanggannya memilih buluh lemang (gambar atas)

Sejak itu M0hd Rusydi akan mengambil kesempatan menjana pendapatan dengan menjual buluh lemang setiap kali Ramadan selain daripada kerja hakikinya di sebuah syarikat minyak dan gas.

Mohd Rusydi menyusun buluh lemang yang sudah di tempah pelanggan.

Ujarnya, kebiasaannya dia akan mengambil buluh daripada masyarakat orang asli di Jelebu atau di Hulu Langat, Selang0r.

“Kata 0rang Ramadan bulan rezeki, jadi saya pun tidak mahu ketinggalan mencari rezek1 lebih. Saya akan iklankan di Faceb00k dan sehari sebelum puasa saya sudah terima lebih 1,000 tempahan.

“Sebelum menjual buluh lemang ini, saya jual kuih kapit dan sambutan diterima pun agak baik. Tahun ini saya berhasrat menjual 15,000 ke 20,000 buluh lemang,” katanya – Sinar Harian

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*