Sebiji Nenas Boleh Hasilkan Sekitar 50 Benih Sulur Melalui Teknik Ini

Biasanya kita tanam nenas melalui anak sulur atau jambulnya kan, tapi tidak ramai yang tahu bahawa nenas boleh dibiakkan melalui mata nenas.

Teknik ini agak rumit sedikit dan mengambil masa yang agak lama untuk membesarkan benih nenas tersebut. Korang boleh cuba sendiri experiment ini dirumah dan tengok hasilnya.

Artikel malam ini saya mahu kongsikan cara mudah semai nenas melalui mata nenas.

1. Kupas kulit nenas kemudian cungk1l mata nenas menggunakan pencungkil atau p1sau. Jika korg perhati betul2 dalam mata tu ada biji benih keluarkan dan letak atas tisu basah.

2. Letak tisu dengan benih tadi kedalam balang atau kontena kosong dan tutup rapat2. Tunggu sekitar 5 hari akan keluar akar benih nenas tu.

3. Jika daun nenas mula membesar, alihkan ke pasu kecil yang berisi tanah hitam. siram setiap hari seeloknya gunakan spray untuk menyiram.

4. Jika benih nenas dah cukup besar, iaitu sekitar 3-5 bulan, bolehlah tanam terus ke kebun atau pasu besar. Lakukan penyiraman bergantung pada kelembapan tanah.

5. Nenas mulai berbuah sekitar 10 bulan dan masak selepas 3 bulan. Tutup dengan piring polisterin untuk menjaga kualiti nenas dari terkena cahaya matahari yang panas.

Semoga bermanfaat. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat jangan lupa share di wall facebook anda terima kasih.

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*