Sebotol Madu RM50 – SOP Penanaman dan Potensi Pendapatan Madu Kelulut

1. Madu kelulut antara produk agro yang berpotensi untuk dikembangkan. Ianya mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan.

2. Bagi penternakan madu kelulut, seorang penternak sekurang-kurangnya hendaklah mempunyai 30 sarang bagi permulaan penternakan.

3. Sebagai penternak madu, anda perlu arif mengenai penjagaan serta amalan pertanian. Hal ini dapat mengoptimumkan penghasilan madu kelulut.

4. Setiap tuaian madu kelulut bagi satu koloni hasilnya dianggarkan sebanyak 250 gram sebulan. Sekiranya musim bunga dan buah, hasil madu boleh meningkat sehingga 2 kilogram.

5. Kedudukan ladang ternak kelulut sebaiknya berhampiran dengan kebun bunga atau buah bagi memudahkan lebah mendapatkan sumber pemakanan.

6.Terdapat dua spesies lebah kelulut yang populat untuk diternak antaranya Heterotrigona itama dan Geniotrigona thoracica yang berbeza segi saiz dan warna.

7. Empat faktor perlu dititik beratkan sebelum memecahkan koloni. Empat kriteria penting perlu dipatuhi iaitu perlu ada lebah jantan, sel telur ratu (lebih besar saiz telurnya berbanding sel telur lebah askar), koloni matang (lebih 18 tingkat sarang) dan dilakukan ketika musim buah atau bunga.

8. Kebiasaannya, penternak menggunakan blok kotak sebagai sarang lebah. Sarang tersebut perlu diletakkan di kawasan yang redup.

9. Elakkan menuai ketika musim hujan, kerana ianya akan melambatkan tempoh pemprosesan madu. Hasil madu dianggarkan boleh dijual dengan harga RM50-RM100 sebotol mengikut cara dan tempoh pemprosesannya.

10. Bagi yang berminat untuk belajar menternak madu, anda digalakkan mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Mardi atau Jabatan Pertanian bagi mendapatkan penerangan yang lebih terperinci.

Artikel ini dipetik dari Harian Metro Ahad, 8 Disember 2019, dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*