Selamat Tinggal Ridset! 12 Petua Halau Nyamuk Tanpa Racun Serangga

Serai – Cara-cara, isikan beberapa batang tangkai serai yang fresh ke dalam sebuah bekas. Letakkan bekas tersebut di bahagian rumah yang menjadi tumpuan nyamuk. Selain itu, ia berkesan untuk membunuh larva nyamuk atau jentik-jentik yang baru membiak.

Daun teh – Cara-cara: Rendam beberapa helai daun teh di dalam air dan titiskan sedikit minyak biji anggur. Biarkan selama sejam. Isi rendaman tersebut ke dalam bekas penyembur dan sembur mana-mana bahagian rumah yang menjadi tumpuan nyamuk.

Daun pudina – Cara-caranya, rendam beberapa helai daun pudina di dalam air dan titiskan sedikit minyak biji anggur. Biarkan selama sejam. Isi rendaman tersebut ke dalam bekas penyembur dan spray mana-mana bahagian rumah yang menjadi tumpuan nyamuk.

Vanilla – Cara-caranya, Isi beberapa helai daun vanilla yang kering di dalam sebuah bekas dan letakkan ia di mana-mana bahagian rumah yang menjadi tumpuan nyamuk.

Bunga tahi ayam – Cara-cara: Letak pokok bunga tahi ayam yang kecil di dalam rumah. Jika baunya terlalu mengganggu, letakkan ia di luar rumah berdekatan dengan bekas takungan air (seperti pasu atau baldi) atau saluran longkang.

Bunga cengkih dan limau nipis – cara-caranya, Potong limau nipis kepada setengah bahagian. Cucukkan bunga cengkih pada limau tersebut. Letakkan berdekatan anda atau di kawasan yang banyak nyamuk.

Rosemary – cara-caranya, Bakar Rosemary di waktu petang. Asap dan bau dari pembakaran tersebut akan mengahalau nyamuk dari menghampiri rumah anda.

Nepeta Cataria atau Catnip – caranya, Tanam pokok ini di halaman rumah anda. Pastikan ia tidak ditanam di kawasan yang boleh menghalang pandangan kerana pokok ini tumbuh tinggi.

Lavender – caranya, Letakkan tanam ini berhampiran tingkap atau pintu. Anda juga boleh menggosokkan bunganya pada kulit untuk mengeluarkan minyak Lavender.

Daun selasih/ Basil – caranya, Anda boleh tanam selasih di dalam pasu-pasu kecil dan letakkannya di dapur atau di bahagian-bahagian rumah yang lain seperti tingkap.

Geranium – Goncangkan pokok ini atau tiup sehingga ia menghasilkan bau. Anda juga boleh tanam pokok ini di dalam pasu kecil dan letakkan di dapur, bilik tidur atau ruang tamu. Ia bukan sahaja melindungi rumah anda dari nyamuk malah sesuai dijadikan hiasan kerana bunganya yang cantik.

Bawang putih – Hiris bawang putih dan letakkan di pintu dan tingkap rumah. Selain itu, anda juga boleh bawang ini dengan minyak pati lavender untuk kesan yang lebih optimum.

Semoga informasi ini dapat membantu anda menghapuskan nyamuk dirumah.

About Sifudurian 209 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*