Selamat Tinggal Tupai! – Teknik Ini Dapat Menghalau Tupai Yang Menganggu Tanaman Anda

Sebenarnya menanam durian tidaklah semudah yang kita sangka, bermula daripada menanam benih sehinggalah ia berbuah, pastinya banyak halangan yang perlu ditempuhi.

Antara cabaran yang biasa dilalui adalah apabila musim kemarau panjang, pokok mudah kering dan mati kerana kekurangan sumber air. Selain itu, penyakit seperti ‘kanker batang’ boleh menyebabkan pohon dan daun durian menjadi gugur dan mati disebabkan serangan serangga perosak.

Bila tiba musim berbuah, masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan  pekebun durian adalah gangguan tupai selain serangga pengorek buah.

Jika ia tidak diatasi dengan effektif, pekebun akan mengalami kerugian yang banyak kerana buah durian menjadi rosak akibat gangguan tupai dan serangga tersebut.

Bagi mengatasi masalah gangguan serangga pengorek buah, pekebun perlulah menyembur dengan racun serangga tertentu bagi mengatasi serangga berkenaan.

Selain itu, pekebun juga boleh menghalang lalat buah yang merosakkan buah sebelum gugur dengan menggunakan perangkap seperti Metilat, Petrogenol dan sebagainya.

Untuk menghalang tupai, anda boleh menggunakan beberapa kaedah, antaranya seperti memasang Zink pada pokok durian kerana ia bersifat licin dan menyebabkan tupai tidak dapat memanjat keatas pokok.

Kaedah lain ialah menggunakan perangkap tupai. Cara ini adalah yang paling senang dan amat berkesan. Ada banyak cara untuk perangkap tupai, boleh rujuk di Youtube cara membuat.

Kaedah lain adalah menggunakan bahan cairan seperti Gel kencing harimau yang ada dijual di kedai kimia atau secara onine. Cecair ini mengeluaran bau yang busuk yang tidak disukai oleh tupai dan binatang lain.

Membungkus buah durian juga boleh menghalang tupai daripada memakan buah. Gunakan plastik yang jernih supaya dapat melihat durian dari luar.

Akhir sekali, anda boleh menggunakan senapang untuk membunu*h tupai yang memakan durian. Cara ini juga antara yang paling senang dan amat berkesan.

Selamat Mencuba!

About Sifudurian 301 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*