Selamatkah Sayuran Yang Anda Makan? – Teknik Memilih Sayuran Yang Bebas Racun

1. Tahukah anda, semburan racun serangga perlu dihentikan 14 hari sebelum hasil dituai. Biasanya, sayuran yang kurang disembur racun serangga adalah kurang cantik.

2. Biasanya sayur yang cantik mengandungi racun serangga yang tinggi dan membahayakan kesihatan. Kesan kimia akan memakan masa bertahun-tahun sebelum menghidap kanser, sakit jantung dan pelbagai jenis penyakit lain.

3. Teknik memilih sayuran yang kurang/bebas racun serangga, pilihlah sayur yang daunnya berlubang atau dimakan serangga belalang kerana ia mepunyai kadar racun serangga yang rendah atau ditanam secara organik.

3) Bagi sayur jenis buah seperti timun, petola, terung dan sebagainya, pilih buah yang kurang cantik iaitu sedikit bengkok atau tiada salutan debu pada sayuran tersebut. Salutan tersebut adalah sejenis racun kulat.

4) Sayuran jenis kekacang seperti kacang panjang atau buncis, pililah kacang yang mempunyai lubang yang ditebuk serangga. Beli kacang yang kurang cantik iaitu kurang tegak adalah lebih baik kerana ia kurang atau bebas racun serangga.

5. Awas! jangan makan terus sayuran yang dibeli, pastikan anda membasuhnya dengan air bersih terlebih dahulu.

6. Teknik membersih sayuran sebelum dimasak, rendamkan dahulu ke dalam bekas berisi air beberapa minit sebelum dipotong kecil supaya lapisan racun serangga tanggal.

7. Kemudian, basuh sayur dengan air paip yang mengalir sehingga bersih. Cuci bersih sayur jenis buah supaya salutan racun serangga tanggal.

Semoga informasi ini dapat memberi kesedaran kepada anda tentang bahaya racun serangga yang terdapat pada sayuran yang anda beli – Sifudurian

Kredit: Blog Pertanian, iluminasi.com

About Sifudurian 209 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*