Selangor peruntuk RM500,000 beli lambakan hasil pertanian

SHAH ALAM: Kerajaan Selang0r memperuntukkan RM500,000 untuk membeli lambakan hasil pertanian di seluruh negeri susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata menerusi Program Agr0 Prihatin Selangor itu, urusan pembelian akan dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Selangor, FAMA serta seluruh jabatan dan agensi di bawah Jawatankuasa Pertanian & Perladangan dan Industri Asas Tani.

“PKPS akan membeli hasil berkenaan pada harga yang bersesuaian seterusnya akan menjual semula kepada 0rang ramai pada kadar diskaun hingga 50 peratus.

“Terdapat 12 lokasi jualan yang ditetapkan iaitu di Wisma PKPS Shah Alam; Pusat Operasi PKPS Meru; Pick Up Point PKPS Seksyen 7; Outlet PKPS Seksyen 9; Pusat Operasi Agrosel Bangi; Pusat 0perasi Tanjung 12 Kuala Langat.

“Pusat 0perasi Selangor Fruit Valley, Gombak dan Kuala Selangor; Pusat Operasi Pandan serta tiga Selangor Agro Market (SAM) di Pusat Operasi FAMAdi Dengkil, Puchong dan Kelana Jaya,” katanya pada sidang media hari ini.

Program pembelian hasil pertanian itu mula dilaksanakan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0) dan pihaknya lebih bersedia untuk pelaksanaan kali ini.

Peruntukan berkenaan akan memb0lehkan hasil pertanian diletakkan semula ke pasaran terutama di kawasan padat penduduk yang mana permintaan terhadap hasil pertanian tinggi.

“Petani yang mempunyai lambakan hasil pertanian boleh menghubungi talian hotline 019-3162400 dan kita akan aturkan pembelian mengikut daerah serta pasaran setempat,” katanya.

Amirudin berkata, pr0gram berkenaan hanya untuk hasil pertanian di Selangor dan bukan hasil pertanian yang dibeli dari negeri lain yang kemudian tidak terjual (lambakan).

“Kita akan membuat semakan sebelum membeli untuk memastikan hasil pertanian itu memang dari Selang0r,” katanya – Berita Harian

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*