Senarai Tanaman Yang Wajib Ada Di Halaman Rumah

1. Cili – pokok yang senang tumbuh dalam pasu, ataupun dihalaman rumah, mudah nak dijaga, kadang-kadang tumbuh meliar dibelakang rumah, kadang-kadang tak perasan, tengok-tengok eh dah nak berbuah!

2. Daun Bawang – lebih baik tanam bawang dari asyik membawang tentang keburukan orang lain, tanaman ni amat diperlukan dalam masakan terutama sup dan sebagainya.

3. Daun Saderi / Sup – selain daun bawang, masakan anda tidak lengkap tanpa daun saderi. Senang tumbuh dan penjagaan amat mudah. Cuma elakkan dari terkena hujan.

4. Daun Pudina – banyak kegunaan daun ni, biasanya ia dicampur dalam minuman bersama air lemon untuk menurunkan berat badan dan mendapatkan kulit yang segar.

5. Daun Ketumbar – banyak digunakan dalam masakan ataupun sebagai hiasan. Baunya yang harum membuatkan anda lebih berselera untuk makan.

6. Serai wangi – digunakan dalam masakan seperti tom yam, masak lemak cili api untuk menambahkan aroma. Senang sangat tumbuh dalam pasu atau di tanah.

7. Halia – satu lagi tanaman yang wajib ada di halaman rumah anda, selain menambah selera masakan, ia adalah herba yang mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Amat senang tumbuh dalam pasu atau atas tanah.

8. Kunyit – Tak lengkap masakan ikan atau ayam goreng tanpa ada kunyit. Ia adalah pelengkap masakan anda di dapur selain menambahkan ceria masakan anda.

9. Bawang – samaada bawang merah atau putih, pokok ini wajib anda tanam. Apa-apa masakan tanpa bawang kompom tak sedap rasanya. Cubalah tanam sepokok dua dihalaman rumah.

10. Bayam – ada banyak jenis bayam ni, kat halaman rumah, saya ada tanam bayam Brazil, bayam cina warna hijau dan merah. Sangat mudah untuk tumbuh, saya tanam dalam pasu je. Dikatakan ia mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan.

11. Bendi – atau dikenali sebagai sayur tanduk, amat sesuai dicampur dalam masakan seperti kari kepala ikan siakap dan sebagainya. Mudah sangat tumbuh, dalam pasu pun boleh.

12. Kangkung – tanaman yang cepat dituai iaitu satu bulan sahaja. Boleh tanam secara hidroponik ataupun diatas batas. Antara sayur kegemaran saya, paling sedap dimasak bersama ikan masin!

Untuk media semaian, gunakan tanah hitam atau top soil, campurkan sedikit dengan sekam padi bakar, pasir sungai dan baja kompos yang diperbuat dari sisa makanan, sisa haiwan yang sudah diproses. Jika nak senang, beli terus tanah yang dah siap kat kedai.

Semoga bermanfaat untuk semua pembaca. Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya – Sifudurian

 

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*