Skim Pembiayaan Agropreneur Muda 2021 (AGRO-YES) RM200,000 Bantu Usahawan Tani

18 Mac 2021 | Putrajaya – Menteri Pertanian dan Industri Makanan, YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee pada hari ini merasmikan Majlis Pelancaran Agro Youth Entrepreneurship Schemes (AgroYes) yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Pembiayaan Agro-YES direka khas untuk membantu usahawan muda dalam membangunkan pertanian sedia ada mereka ke tahap yang lebih kompetitf seiiring dengan teknologi internet kebendaan (IOT).

Para agropreneur yang telah menjalankan projek pertanian dan beroperasi melebihi 12 bulan boleh memohon untuk mendapatkan pembiayaan dengan jumlah sehingga RM200,000 dengan kadar keuntungan semasa adalah sebanyak 2% setahun yang dikira berdasarkan baki bulanan.

Kementerian percaya produk ini mampu membantu untuk memodenkan sektor pertanian dan agromakanan negara dari sudut teknologi dan automasi serta pertanian pintar yang secara tidak langsung melahirkan golongan agropreneur muda yang berjaya.

Skim Pembiayaan Agropreneur Muda (AGRO-YES)

Objektif Program

Menarik golongan muda berusia di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.

Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju (pertanian satu perniagaan)

Membantu meningkatkan pendapatan usahawan muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.

Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara.

Skop Program

Program Agropreneur Muda dilaksanakan untuk golongan usahawan muda yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi aktiviti projek mengikut 4 sektor utama iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan dan Industri Asas Tani merangkumi skop seperti berikut :

Tanaman, Perikanan, Ternakan, Industri Asas Tani, Pemasaran, Perkhidmatan dan input sokongan pertanian dan Agropelancongan.

Kelayakan

Pemohon merupakan individu berwarganegara Malaysia.

Pemohon berumur minimum 18 sehingga 40 tahun semasa permohonan pembiayaan dilakukan;

Pemohonan terbuka kepada Individu, Syarikat Pemilikan Tunggal / Enterprise, Perkongsian dan Syarikat Sendirian Berhad.

Pemohon hendaklah berdaftar dengan Unit Agropreneur Muda sebelum membuat permohonan pembiayaan.

(Pendaftaran dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang terdapat di cawangan Agrobank)

Bagi Syarikat Pemilikan Tunggal / Enterprise, Perkongsian Sekurang-kurangmya seorang rakan kongsi dikehendaki berdaftar dengan UAM.

Bagi Syarikat Sendirian Berhad – Sekurang-kurangnya seorang Ahli Lembaga Pengarah dikehendaki berdaftar dengan UAM.

Pemohon hendaklah terlibat secara langsung dalam projek atau menguruskan projek tersebut;

Skop pembiayaan adalah tertakluk kepada program pakej pertanian seperti yang telah ditetapkan di bawah Projek Usahawan Tani Muda.

Projek baru adalah TIDAK dibenarkan di bawah program ini.

Projek yang akan dibiaya hendaklah projek yang telah beroperasi melebihi 12 bulan.

HAD PEMBIAYAAN = RM 50,000.00 – RM200,000.00 / Kadar keuntungan semasa adalah 2% setahun dikira berdasarkan baki bulanan / Tempoh maksimum pembiayaan adalah 7 tahun (84 bulan).

Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan Agrobank di talian 1-300-88-2476, layari laman sesawang rasmi www.agrobank.com.my atau datang ke cawangan terdekat Agrobank dengan mematuhi Garis Panduan (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Maklumat lanjut boleh klik di sini https://www.agrobank.com.my/my/product/skim-pembiayaan-agropreneur-muda-agro-yes/

Sumber: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*