Skim Rezeki Ternak masih diteruskan

IPOH – Bantuan Skim Rezeki Ternak yang diperkenalkan sebelum ini masih diteruskan dan tidak dihentikan seperti yang didakwa Pemuda Parti Amanah Negeri (Amanah) Perak, semalam.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dalam satu kenyataan sidang media menjelaskan skim tersebut kini ditambah baik dengan perluasan skop bantuan.

Jelasnya, bantuan bukan sahaja diberikan kepada ternakan ruminan semata-mata tetapi merangkumi ternakan unggas seperti ayam kampung, itik dan puyuh.

“Peluasan skop Skim Rezeki Ternak ini telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 Ogos 2020 dengan sasaran program ini membabitkan seramai 1,000 orang penternak.

“Skim ini lebih mesra penternak kerana ia merupakan bantuan geran penuh kerajaan,” ujarnya dalam kenyataan media tersebut hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim menerusi satu kenyataan media di dalam blognya mendakwa Skim Rezeki Ternak yang diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini telah pun dibatalkan.

Dalam pada itu, DVS berkata, objektif Skim Rezeki Ternak adalah untuk mengekalkan populasi ternakan ruminan penternak kecil dan sederhana di negara ini.

Selain itu juga katanya, skim tersebut membantu meningkatkan pendapatan penternak dan meningkatkan minat penternak kecil bagi meneruskan bidang usaha ternakan ruminan berkenaan.

Menurutnya, bagi bantuan ternakan ruminan, setiap mereka menerima RM10,000 manakala bantuan makanan ruminan pula diberikan RM2,000 bagi setiap seorang.

Bantuan ternakan unggas atau makanan unggas pula menerima RM5,000 setiap penternak manakala bagi bantuan peralatan dan kandang sejumlah RM5,000 setiap seorang.

Jelas DVS, perluasan skim tersebut mampu membantu penternak yang menghadapi masalah dan kegawatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/99648/EDISI/Perak/Skim-Rezeki-Ternak-masih-diteruskan

Permohonan Skim Rezeki Ternak Secara Online

Perhatian buat anda penternak kecil yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Skim Rezeki Ternak. Untuk makluman anda, permohonan Rezeki Ternak boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

Sedia maklum, Program Skim Rezeki Ternak ini adalah cetusan idea oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Seri Salahuddin Bin Ayub ketika perjumpaan bersama penternak di Taman Kekal Pengeluaran Makanan/Ladang Satelit Lubuk Bakul, Muar, Johor pada 4hb Ogos 2019.

Ia diwujudkan bertujuan untuk memberi bantuan ternakan kepada penternak kecil ruminan sekaligus meningkatkan hasil pendapatan melalui kaedah penjenamaan semula pawah.

Cara Permohonan Skim Rezeki Ternak  

Borang permohonan perlu diisi melalui borang permohonan yang boleh diperolehi secara percuma daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri atau di laman web jabatan http://www.dvs.gov.my/index.php/announcements/view/38

2. Permohonan yang telah diisi hendaklah dihantar kepada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri
(u.p: Bahagian Pembangunan Industri Ternakan) ATAU Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berhampiran.

Pemohon harus mengikuti syarat-syarat seperti dibawah:

Pemohon mestilah penternak kecil sedia ada yang telah berdaftar dengan E-Permit 2 dan berdaftar dengan Pejabat Perkhidmatan Veterinar di Daerahterdekat. Bagi pemohon di dalam golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). Mereka adalah di dalam senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun pada 1 Januari tahun permohonan.

Pemohon mestilah mempunyai pengalaman menternak ternakan ruminan sekurang-kurangnya 1 tahun. Mempunyai kawasan menternak yang sah serta kemudahan yang sesuai.

Mempunyai surat pemilikan / surat kebenaran / surat perjanjian yang berkaitan bagi pembuktian status kawasan penternakan.

Keluasan kawasan menternak yang mencukupi dan mempunyai sumber makanan. Pemohon berupaya untuk melaksana dan mengurus projek.

Pemohon yang berjaya perlu bersetuju untuk dipantau oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sepanjang tempoh perlaksanaan projek tersebut.

Ladang penternak kecil mempunyai program kesihatan dengan DVS Negeri dan membuat saringan penyakit (Bruselosis/CLA/lain-lain penyakit) mengikut program kawalan penyakit kebangsaan sebelum permohonan dibuat.

Pemohon yang berjaya layak diberi ternakan maksima 5 ekor lembu induk atau 10 ekor kambing/bebiri dengan maksima nilaian ternakan sebanyak RM20,000.

Pemohon yang berjaya perlu menandatangani perjanjian bersama Kerajaan bagi menjalankan projek penternakan di bawah skim ini sekurang-kurangnya 3 tahun.

Pemohon yang berjaya perlu menyediakan 10% daripada jumlah perolehan ternakan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di No. Tel: 03-88702406, Emel: nurulain@dvs.gov.my, (Dr. Zuhairah bt Mohamad Nasir), No Tel : 03-88702471, Emel: zuhairah@dvs.gov.my.

Semoga berjaya! – Rentas Asia / Foto: Edubestari.com

About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*