SOP Dan Tips Tanam Sayur Kacang BENDI – Potensi Tanaman Bendi Untuk 1 Hektar

1. Kacang Bendi atau nama saintifiknya adalah (Hibiscus Esculentus) banyak ditanam di negeri Johor, Perak, Kelantan serta Pulau Pinang.

2. Nama lain bagi Bendi adalah Okra. Bendi dipercayai ditanam di serata Asia Tenggara temasuklah Afrika, India dan Brazil. Terdapat dua jenis Bendi yang sangat popular di Malaysia iaitu Bendi Jenis 5 segi dan Bendi Jenis 7 segi.

3. Penyediaan anak benih, gunakan biji benih yang berkuaiti tinggi dengan kadar 3kg biji benih sehektar. Rawat biji benih dengan racun kulat seperti captan dengan kadar 15g/10 kg benih.

4. Biji benih disemai dalam tray 104 lubang. Gunakan Peatmoss sebagai tempat semaian. Tanam dengan jarak 6″x3″ sebab nak bagi ruang pengudaraan yang baik kepada tanaman dan menghasilkan cabang yang baik. Banyak cabang, banyaklah buahnya.

5. Sehari selepas tanam, anda dikehendaki untuk sembur racun kulat dan serangga. Campurkan sedikit pelekat dalam racun agar racun melekat pada daun.

6. Lima hari pertama, siram air kosong seperti biasa. Sekiranya menggunakan drip, isi drip sebanyak 500ml sekali semburan.

7. Pada hari kelima, semburkan baja air di waktu pagi dengan kepekatan 1.5ms. Di sebelah petang semburkan air kosong sahaja.

8. Semburkan air kosong dengan kekerapan dua kali sehari. Jika hari terlalu panas, semburkan sebanyak tiga kali sehari. Kuantiti air adalah sebanyak 500-1000ml

9. Anda digalakkan untuk menyembur foliar AB seminggu sekali. Gunakan kepekatan 2.0ms dan sembur pada awal pagi.

10. Sekiranya bendi diserang penyakit, semburkan racun kulat dan serangga. Buangkan daun yang sudah kering dan rosak. Pasangkan pancang pada usia dua minggu selepas menanam pokok supaya pokok tidak tumbang.

11. Pokok akan mula berputik bunga pada hari yang ke 25. Seminggu kemudian sudah boleh kutip bendi. Hasil dikutip setiap 2 hari sekali sehingga 8 minggu. Hasil di anggarkan 10 tan- 15 tan sehektar.

Potensi pendapatan sehektar:

  • Kos pengeluaran/ha RM 4,947 (Tenaga Keluarga) / RM 7,947 (Tenaga Upah)
  • Pendapatan Kasar/ha RM 16,000 (@ RM0.80/kg)
  • Pendapatan Bersih/ha RM 11,053 (Tenaga Keluarga) / RM 8,053 (Tenaga Upah) – Sumber: JPN Penang Gov

12. Kenapa lebih jimat tanam diatas tanah bebanding guna cocopeat? Sebab kalau guna Cocopeat, anda terpaksa membaja tanaman 3 kali sehari. Bila ditanam diatas tanah, kita hanya perlu membaja dua kali seminggu sahaja. Jimatkan?

Jika artikel ini bermanfaat, silakan SHARE di facebook ya – Sifudurian

Sumber: Amin Agro Tech

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*