SOP Pembajaan Pokok Durian

Program Pembajaan Pokok Durian (SOP)

Step 1

Kenalpasti pokok yang ingin dibuahkan, pemilihan pokok yang layak di masukkan ke fasa generative atau pokok yang pernah berbuah musim sebelumnya.

Kemudian ukur lilit batang 3 cekak tangan sudah dikira layak untuk dibuahkan. Pastikan pokok tidak dijangkiti dari penyakit kanker batang atau masalah anai anai.

Pertumbuhan daun yang sihat merimbun, size cabang primer size pergelangan tangan dan posisi dahan primer 90degree lateral.

Step 2 

kenalpasti penghujung musim hujan di bergantung pada kawasan masing-masing. Pemberian dolomite dalam 2-3kg sepokok, 2 minggu SEBELUM pemberian baja buah yang pertama.

Tak perlu dolomite banyak. Secukupnya sahaja. Pemberian baja buah sebanyak 3-5kg per pokok dalam sekali pemberian, sebelum musim kemarau tiba.

Sesuaikan dose baja dengan size pokok.  Jenis baja yang direkomendasi untuk fasa 1 ini adalah:
Nitrophoska Blue TE ( 12-12-17-2+8S+TE) (25% chloride) atau Agrobridge Jambatan Complex Blue Special (12-12-17-2+9S+0.02B+TE) Chloride Free atau Agrobridge Jambatan Innotec (12-12-17-2+8S+0.02B+0.01Zn+TE) Chloride Free atau brand baja yang lain yang sama nilai NPKnya +TE.

TAMBAHAN

Foliar MERAH untuk buah, terserah jenama yang diinginkan. Frequency tiap 2 minggu atau sebulan sekali.
Optional : MKP 500gm-1kg atau Oregon 11/3 (TE) 2-3kg per pokok sekali pemberian.

Step 3

2-3 bulan berikutnya In Sya Allah , muncul calon bunga. Waktu ini disiram secukupnya, jangan lebih jangan kurang.

Kuantiti air disesuaikan dengan jenis tanah sama ada loam, sandy loam, silty loam, clay loam, sandy clay loam. Siraman diberikan lebih pada tanah SANDY LOAM.

Frequency penyiraman adalah 3 kali seminggu. Jika hujan sudah mulai turun, sesuaikan dengan frequency siraman atau skip jika hujan.

Step 4

BERHENTI SIRAM bila bunga mulai kembang. Diperhatikan jika ada muncul symptom kanker muncul dan dirawat secepat mungkin. waktu ini adalah kritikal dan point of no return.

Jika pokok rendah boleh buat pendebungaan berbantu jika boring2 dimalam hari. – optional, selalunya stamen akan ready untuk pollination jam 9pm keatas untuk kawasan dibawah 100mdpl.

Step 5

Setelah bunga siap pollinate bersaiz bola pingpong, siraman dimulai semula.

Step 6

Setelah calon buah bersaiz bola tennis dimulakan dose baja fasa 2.

Jenis baja yang direkomendasikan untuk fasa 2 ini:
Novatec Premium (15-3-20-2MgO+10S+0.02B+0.06Fe+0.01Zn + TE) Chloride Free atau Blaukorn Premium (15-3-20+3Mg0+10S+0.02B+0.06Fe+0.01Zn + TE) Low Chloride atau Agrobridge Jambatan Complex Purple Special (15-5-20-2+8S+0.02B+TE) Chloride Free atau Innotec K (12-6-24-2+3Ca0+B+Mn+Zn) Chloride Free atau brand baja yang lain yang sama nilai NPKnya +TE.

Sukatan 4-5kg per pokok sekali pemberian. Frequency setiap 3minggu sekali, sehingga semua buah luruh.

TAMBAHAN

Foliar MERAH untuk buah, terserah jenama yang diinginkan. Frequency tiap 2minggu atau sebulan sekali sejak awal fasa 1.

Optional : MKP 500gm-1kg per pokok sekali pemberian. Frequency setiap 3minggu sekali , sehingga semua buah luruh.

Step 7

Fasa pemulihan. Setelah semua buah luruh, 2-3 kampit baja organic sepokok. (Kampit bukan guni, 1 kampit approx 25kg) ATAU 4-6 wheelbarrow kompos organic.

Optional : Oregon 11/3 (TE) 2-3kg per pokok sekali pemberian. Baja 16-16-16 / 15-15-15 dilakukan sebulan selepas organic. Dose 2-3kg pada 3-4bulan interval.

Semoga bermanfaat dan selamat berkebun.

Kredit PPDM

About Sifudurian 199 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*