SOP Tanam Betik Sekaki (Carica Papaya) – Potensi Hasil Tuaian Setiap Minggu

5 fakta yang perlu anda tahu tentang BETIK sebelum mula menanam.

1. TANAH yang sesuai untuk tanaman betik sebaiknya mempunyai pH diantara 5.0 – 5.5

2. Perlu sistem PENGAIRAN yang baik untuk mengelakkan berlaku banjir, mengelak penyakit bawaan akar

3. Sistem tanaman empat segi iaitu 2.7 meter x 1.8 meter dan jumlah sebanyak 2000 pokok untuk 1 HEKTAR

4. Baja yang disyorkan adalah baja subur NPK 15:15:15 +mg (1-4 bulan) manakala NPK 12:12:17:2  pada usia 5 bulan keatas.

5. PENYAKIT yang sering menganggu tanaman betik adalah Antraknos, reput akar, lalat buah, kutu daun (Thrips) dan kutu lebah merah.

6. Pokok betik menghasilkan buah sekitar 8 bulan selepas ditanam.

7. Jangka hayat betik di antara 2-3 tahun. Hasil meningkat selepas 13-14 bulan selepas menaman. Betik sekaki menghasilkan buah lebih kurang 100-150 tan untuk 1 hektar setiap tahun.

8. Bayangkan seminggu anda dapat 500kg/hektar x rm2.5 sekilo = rm1250.

Jika 1 biji seberat 2 kilo, rm2.5 x 2 kilo sebiji = rm5 sebiji x 500 = rm2500/week) x 4 week = rm10,000 (sebulan) belum tolak kos2 pekerja.

Sekadar pandangan sendiri. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat sila SHARE di facebook terima kasih – Sifudurian

 

 

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*