SOP Tanam Tebu Telur

Potensi tanaman tebu telur ini memiliki pasaran yang luas kerana mendapat permintaan tinggi sehingga ke Singapura namun masih tidak mencukupi.

Anggaran hasil yang diperolehi selepas sembilan bulan boleh mencecah sehingga 10 tan untuk kawasan seluas 1.2 hektar.

Untuk memulakan sesuatu perkara ilmu sangat penting. Oleh itu, anda disarankan menyertai kursus mengenai tanaman ini contohnya anjuran Koperasi Pembangunan Usahawan Bestari Johor Berhad di Pahang.

Di sini anda akan diajar pelbagai perkara mengenai proses penanaman sehingga proses selepas tuaian tebu telur selain khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian.

Tanaman tebu menggunakan dua sistem iaitu lubang dan parit untuk uji keberkesanan terhadap tanaman.

Tanaman ini memerlukan penjagaan konsisten termasuk pemberian baja, racun serangga dan air.

Biasanya selepas sembilan bulan ke atas ditanam, tebu yang sudah mencapai ketinggian 2.1 meter ke atas boleh dituai.

Uniknya, tebu ini keluar bersama ‘anaknya,’ yang boleh dituai dalam tempoh tiga bulan selepas ‘ibunya’ dituai. Proses ini akan berterusan dalam tempoh tiga hingga empat tahun.

Selain itu penanaman tebu telur ini sangat mudah namun memerlukan penjagaan rapi supaya pertumbuhan tidak terbantut.

Pada usia tiga hingga empat bulan, apabila daunnya terbuka sendiri, anda perlu cabut daun untuk elakkan serangan ulat.

Serangan ulat pengorek batang boleh mengakibatkan pertumbuhan tebu terbantut, sekali gus menurunkan kualiti pokok tebu.

Pengawalan rumpai juga perlu dibuat untuk elakkan kehadiran ular dan tikus yang boleh membahayakan keselamatan pekerja.

Cabaran yang sering dihadapi petani ketika musim kemarau adalah tanah tidak dapat menyimpan air dalam tempoh lama untuk dibekalkan kepada tanaman.

Oleh itu, anda perlu memasang sistem pengairan sebagai persediaan untuk hadapi musim kemarau.

Tebu telur memiliki kelebihan tersendiri berbanding tebu lain iaitu memiliki tekstur kulit dan isinya lebih rapuh dan lembut.

Selain itu, aroma air tebu ini lebih wangi serta warnanya lebih terang. Tidak hairanlah tebu telur mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Jika mahu buat duit secara serius, anda boleh membina kilang memproses air tebu dan mengeksport produk berasaskan air tebu ke luar negara.

Kredit Gambar Harian Metro

About Sifudurian 209 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*