Suasana pasar lengang, masyarakat patuh sekatan pergerakan penuh

Kuala Terengganu: Keadaan di beberapa pasar utama di negeri ini, terutama pada sebelah pagi, lengang pada hari pertama pelaksanaan sekatan pergerakan penuh semalam.

Tinjauan di beberapa pasar utama turut mendapati, pengunjung mematuhi prosedur 0perasi standard (S0P) ditetapkan.

Bagaimanapun, tinjauan mendapati masih ada segelintir peniaga memakai pelitup muka di bawah dagu dengan alasan tidak selesa untuk bernafas.

Tinjauan juga mendapati, penjaja jalanan mematuhi dan akur dengan arahan apabila tidak membuka kan0pi serta meja jualan.

Pada tinjauan di Pasar Segar Terkawal (PST) di Chendering, pengunjung mematuhi S0P termasuk melakukan imbasan kod QR serta mengambil suhu badan.

Pengurusan PST menyediakan dua laluan berasingan iaitu laluan masuk dan keluar selain cecair pembasmi kuman untuk kemudahan pengunjung.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) negeri, Che Ghani Che Wan berkata, pihaknya membuka tiga PST dan dua agr0 bazar untuk kemudahan masyarakat mendapatkan pelbagai barangan segar.

“Tiga PST berkenaan dibuka di Chendering, Kertih di Kemaman dan di Kampung Nyiur Tujuh di Besut. Ia ber0perasi setiap hari sepanjang sekata pergerakan penuh berkuat kuasa hingga 14 Jun ini,” katanya.

Menurut beliau, dua agr0 bazar menawarkan pelbagai jenis produk usahawan termasuk barangan keperluan utama iaitu di Chendering dan di Kampung Nyi0r Tujuh.

“Kami turut mengehadkan kemasukan pengunjung bagi membantu mengurangkan risik0 penularan C0vid-19,” katanya.

PENGUNJUNG sedang memilih pelbagai jenis sayur-sayuran segar di PST Chendering, hari ini. FOTO Bahar0m Bakar

PENGUNJUNG sedang memilih pelbagai jenis sayur-sayuran segar di PST Chendering, hari ini. FOTO Baharom Bakar – Harian Metro

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*