Suasana Tegang Di Luar Makhamah Semasa Proses Reman Pekebun Musang King

KUANTAN: Seramai 18 orang disyaki pekebun ha’ram durian Musang King yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan memus’nahkan kebun ha’ram durian Musang King dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub dekat sini, dibawa ke Mahkamah Majistret Raub, untuk perintah tahanan reman.

Difahamkan, proses berkenaan hari ini terganggu ekoran ada pihak cuba mengha’lang tugas pihak berkuasa melaksanakannya sehingga mencetuskan suasana sedikit tegang di luar pekarangan mahkamah berkenaan.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Dr. Hizamri Mohd. Yasin berkata, kesemua 18 pekebun itu dalam proses reman hari ini.

Semalam, tular beberapa rakaman video dan gambar yang memaparkan provo’kasi melampau oleh pengusaha kebun haram terhadap Pasukan penguatkuasaan HSK di Batu Talam dengan keluasan yang dianggarkan sekitar 101 hektar.

Penguatkuasaan tersebut dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bersama-sama dengan agensi kerajaan termasuk kerjasama anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Operasi tertumpu kepada tindakan memus’nahkan tanaman durian secara ha’ram dan menyita sebarang barangan termasuk kenderaan serta membuat tang’kapan terhadap mana-mana individu yang telah mencero’boh tanah HSK tersebut.

JPNP dalam kenyataannya semalam memaklumkan menahan 18 orang disyaki pekebun ha’ram durian Musang King dalam operasi penguatkuasaan di situ.

Jabatan itu berkata, sepanjang operasi itu dijalankan, mereka berdepan dengan keadaan provokasi pekebun haram termasuk membuat halangan kepada kenderaan untuk keluar dan masuk ke kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, anggota jabatan tersebut juga dihalang daripada menjalankan tugas. – UTUSAN ONLINE

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*