Sultan Johor Bertitah Minta Rakyat Lupakan Bazar Ramadhan

Sultan Johor Bertitah Minta Rakyat Lupakan Bazar Ramadhan

Melihat kepada keadaan semasa ini, nampaknya tahun ini hampir pasti tiada Bazar Ramadhan di seluruh Malaysia walaupun tiada pengumuman rasmi dari seluruh Negeri secara rasmi. Antara negeri yang sah tiada bazar ramadhan adalah negeri Johor Darul Ta’zim.

Menurut satu sumber, Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada hari ini telah bertitah supaya rakyat negerinya untuk melupakan bazar Ramadan buat ketika ini.

Menurut baginda, pada keadaan dan perkembangan semasa wabak CoV-19, penganjuran bazar Ramadan adalah tidak perlu dan tidak sesuai memandangkan kepada risiko yang bakal berlaku.

Maka disebabkan perkara itu baginda bertitah bahawa bazar Ramadan tidak sesuai di Johor bahkan bukan sahaja di Johor malah sepatutnya tempat lain tidak melaksanakan bazar ramadan pada tahun ini demi menjaga keselamatan rakyat.

“Maka saya melihat keadaan sekarang adalah tidak sesuai jika mahu diadakan bazar bukan sahaja di sini, malah ditempat lain juga demi keselamatan dan kesihatan rakyat”

“Buat rakyat, lupakan sahaja bazar Ramadan, saya bimbang jika nanti ada berlaku penularan wabak ini”

Untuk pengetahuan anda semua, selain Johor sebelum ini ada beberapa Negeri secara rasmi memutuskan untuk tidak menganjurkan bazar Ramadan. Antaranya ialah Negeri Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan dan Kedah.

DYMM Sultan Ibrahim meminta agar rakyat tidak memandang ringan dengan keadaan semasa dan sentiasa akur kepada arahan dan perintah kerajaan.

“Awak semua lihat sendiri, bagaimana petugas kesihatan bersama pasukan barisan hadapan bertugas dari awal pagi sehingga lewat malam dalam usaha mahu membendung penularan wabak ini”

About Sifudurian 210 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*