Sungguh Mujarab! Rumput Tidak Tumbuh Hingga 8 Bulan Dengan Menggunakan Petua Ini

Musim hujan biasanya rumput akan tumbuh lebih cepat berbanding musim panas, jika dibiarkan boleh mengundang binatang berbisa seperti ular.

Jika di kebun buah-buahan pula, pokok yang masih kecil seperti durian akan terbantut oleh rumput-rumpai yang lebih tinggi.

Artikel pagi Selasa ini saya kongsikan 7 petua hapuskan rumput dengan cepat dan berkesan dengan menggunakan bahan2 yang ada dalam rumah iaitu:

1. Ajinomoto 

2. Cuka Makan 

3. Garam halus 

4. Serbuk cuci pakaian

5. Belerang

6. Clorox

7. Diesel – 8 bulan baru keluar rumput, lebih sesuai untuk kebun kelapa sawit, yang mempunyai kawasan yang luas, cuma kosnya agak mahal sedikit tapi cukup berbaloi.

Untuk dapatkan kesan yang mujarab, anda perlu campurkan dengan racun rumput. Biasanya boleh dibeli di kedai pertanian atau secara online.

Racun rumput yang biasa saya gunakan adalah jenama Harras, semua rumput m4ti sampai ke akar-akarnya.

Antara jenama jenama lain adalah seperti Gramoxone, Anchon, Paraquat, Round Up, Sintry dan sebagainya.

Kalau nak lagi power tuang kesemua 7 bahan diatas dalam tangki pam dan campur dengan racun rumput, rumput tak tumbuh hingga 8 bulan.

Sebaiknya jika nak guna racun rumput hanya untuk tujuan yang betul PERLU seperti kawasan ladang getah atau kelapa sawit yang luas.

Untuk kawasan tanaman seperti sayur dan buah-buahan rasanya just guna Cuka Kayu utk kawal serangga dan tidak perlu gunakan racun kimia kerana ia boleh merosakkan struktur tanah dan memudaratkan kesihatan.

Sebaiknya mulakan kebun mini anda sendiri, tak perlu guna racun kimia, amalkan penggunaan bahan organik yang lebih menyihatkan tubuh badan.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat jangan lupa share terima kasih – Sifudurian

About Sifudurian 166 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*