Syarikat pembinaan lan’ggar SOP dikom’paun RM50,000

Kamarul Zaman (kanan) ketika pemeriksaan Op Patuh di kawasan Perindustrian Padang Meha, dekat sini hari ini.

KULIM – Polis mengeluarkan kom’paun berjumlah RM50,000 ke atas sebuah syarikat pembinaan selepas didapati melan’ggar prosedur operasi standard (SOP) menerusi Op Patuh di kawasan perindustrian Padang Meha di sini hari ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pemeriksaan kira-kira pukul 1 tengah hari itu mendapati lebih 200 pekerja yang kebanyakannya warga asing sedang melakukan kerja-kerja pembinaan sebuah kilang.

“Syarikat terbabit didapati mendapat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk kerja-kerja pembinaan infrastruktur pembinaan iaitu pembinaan empangan, saliran dan pemben’tungan.

“Walaubagaimanapun, kita dapati syarikat itu menjalankan kerja-kerja pembinaan sebuah kilang yang tidak dibenarkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas beliau, syarikat tersebut juga didapati melakukan kesa’lahan lain antaranya ga’gal memastikan kehadiran pekerja 60 peratus.

“Kita dapati seramai 220 pekerja telah hadir berdasarkan rekod buku kehadiran dan syarikat juga ga’gal menyediakan laluan keluar masuk.

“Bahkan pekerja juga tidak melaksanakan penjarakan fizikal di tapak pembinaan tersebut,” ujarnya. – K! ONLINE

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*