Tak Jadi Buat Operation! Petua Sembuhkan Tonsil Secara Semulajadi

TONSIL atau sakit pada bahagian tekak memang sakit dibuatnya lebih-lebih lagi ketika sedang makan atau minum. Kadang-kadang kesakitan itu menyebabkan anda tiada selera untuk makan sekali gus membuatkan badan jadi lemah.

Pun begitu, anda jangan risau, anda boleh praktikkan petua semula jadi ini secara konsisten. Semuanya dari bahan semulajadi tanpa memberi kesan sampingan.

1) Daun pudina

Ambil segenggam daun pudina, masak bersama secawan air sehingga mendidih. Kemudian tapis dan tambah satu sudu madu. Minum dua hingga tiga kali sehari.

Daun pudina mempunyai kandungan bakteria, jadi virus yang membiak pada bahagian tonsil dapat dihapuskan.

2) Kulit kayu manis

Campurkan satu sudu kulit kayu manis dan dua sudu madu ke dalam secawan air panas. Amalkan pengambilan dua hingga tiga kali sehari selama seminggu untuk mendapatkan kesan yang efektif.

Tahukah anda bahawa kulit kayu manis mengandungi agen anti mikrob yang dapat menjadi penawar kepada tonsil, ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pembiakan bakteria pada tonsil dan mengurangkan bengkak.

3) Kunyit

Ambil satu sudu kunyit serbuk dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Amalkan dua kali sehari untuk mendapat kelegaan dengan cepat.

Kandungan penyembuh yang ada pada kunyit mampu melawan pembiakan bakteria dan virus yang menyumbang kepada jangkitan. Bengkak akan berkurang dengan pengambilan kunyit kerana ia membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh anda.

Selamat mencuba! jangan lupa kongsikan pada orang tersayang.

About Sifudurian 209 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*