Tak menang tangan, permintaan terhadap ayam kampung organik sangat tinggi dan tidak mencukupi!

SEAWAL jam 6 pagi, dia sudah ke reban ayam miliknya berhampiran kediaman di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan.

Pada usia 26 tahun, M0hamad Firdaus Hashim tidak kekok membersihkan na*jis di reban yang menempatkan 2,400 ayam. Bukan itu saja, dia juga perlu pastikan ternakannya sentiasa sihat dan makanan mencukupi.

Perkara sama dilakukan tiga kali sehari untuk memastikan ayam yang dipelihara secara k0mersial sentiasa dalam keadaan baik.

Rutin harian itu perlu dilakukan Firdaus sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, dia tidak pernah merun*gut dengan pekerjaan yang dianggap kurang popular bagi segelintir 0rang kerana minat mendalam terhadap bidang penternakan.

Kini, selepas setahun, dia sudah mampu tersenyum dengan usahanya apabila menjadi antara penternak muda ayam kampung organik paling berjaya dan disegani di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

ANAK ayam ditempatkan di reban berasingan. – FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Katanya, selepas menamatkan persekolahan, dia melakukan pelbagai pekerjaan termasuk menjadi jurujual dan penghantar surat di Kuala Lumpur untuk menyara hidup.

Namun, dek minat mendalam terhadap bidang ternakan, dia membuat keputusan menjadikannya kerjaya sepenuhnya secara k0mersial.

“Saya banyak belajar daripada ayah, Hashim Sulaiman, 56, yang turut mengusahakan ternakan sama sejak lapan tahun lalu untuk menyara keluarga.

“Alhamdulillah, kini saya sudah mampu mengendalikan sendiri ternakan dengan bantuan ayah dan adik,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurutnya, sebelum mula terbabit dengan bidang ternakan dia menyertai kursus penternakan ayam di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka dengan bantuan Pertubuhan Peladang Kawasan Tumpat.

“Selama seminggu di sana, saya diajar selok-belok mengenai penternakan ayam. Saya juga menerima geran berjumlah RM20,000 menerusi Program Agropreneur Muda yang digunakan untuk membina reban,” katanya.

Jelasnya, sehingga kini ayam kampung 0rganik mendapat permintaan sangat tinggi sehingga tidak dapat menampung bekalan sedia ada di Kelantan.

“Kini saya memiliki dua reban untuk memastikan bekalan ayam tidak putus. Untuk reban pertama saya tempatkan ayam berusia 14 hari manakala satu lagi reban saya letakkan baka ayam berusia tiga hingga empat hari.

“Pada masa hadapan sekiranya dapat bantuan daripada pihak berkaitan, saya ingin membina reban tambahan untuk menambah jumlah ternakan yang sedia ada,” katanya.

Ditanya mengenai kelebihan ayam 0rganik, anak sulung daripada enam beradik ini berkata, haiwan itu hanya mengambil masa 40 hari untuk matang sebelum boleh dijual kepada pembekal.

“Selain itu, ayam ini juga tidak disun*tik untuk mempercepatkan tumbesarannya, malah ia juga tidak mudah terkena jang*kitan penya*kit sekali gus dapat mengurangkan ris1ko keru*gian,” katanya.

Katanya, setiap hari dia perlu memastikan ternakan sentiasa sihat untuk mengelak jang*kitan terhadap ayam lain.

BAKA anak ayam yang berusia tiga hingga empat hari diambil daripada pembekal. – FOTO Nik Abdullah Nik Omar

“Biasanya saya akan periksa reban tiga kali sehari dan ayam mengalami gejala simptom akan terus diasingkan,” katanya.

Beliau berkata, golongan muda kini perlu mengubah minda dengan menjadikan pertanian atau penternakan sebagai kerjaya pilihan kerana ia menawarkan pendapatan lumayan.

“Dalam keadaan mencabar ini, kita tidak boleh terlalu memilih kerja malah perlu berani mengambil risi*ko keluar daripada zon selesa dengan meneroka bidang lain.

“Sebagai contoh, dalam bidang penternakan dan pertanian kini mendapat permintaan yang tinggi dalam menyumbang kepada industri makanan negara sekali gus dapat membantu mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import,” katanya – Harian Metro

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*