Tak Perlu Dah Beli Ridset! 7 Petua Halau Lalat Yang Berkesan Tanpa Racun Serangga

Hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati di rumah. Cepat, murah, tapi efektif!

LIMAU PURUT DAN CENGKIH – Limau purut dan cengkih, kedua-duanya daun ini mengeluarkan aroma yang wangi untuk kita. Tetapi sangat busuk untuk lalat.

Caranya ialah potong limau purut, lemon, atau limau nipis kepada 2 bahagian. Kemudian, cucukkan cengkih pada limau. Letakkan limau ini di mana-mana yang banyak lalat seperti meja makan.

SERAI WANGI – Satu lagi herba yang mengeluarkan bau tidak menyenangkan bagi lalat dan serangga adalah daun serai.

Caranya ambil beberapa batang serai wangi dan bersihkan sebelum dikisar kering. Kemudian, masukkan kisaran serai ke dalam secawan air biarkan semalaman. Esoknya, tapiskan hampas dan masukkan ke dalam botol spray.

Semburkan pada meja makan, pintu dan tingkap rumah supaya lalat tidak mendekatinya. Kalau malas nak buat, anda beli je essential oil yang sedia dijual dengan aroma serai (lemongrass).

GANTUNGKAN AIR DALAM BEKAS PLASTIK – Jika anda ada kedai atau restoran, anda boleh menggunakan petua halau lalat ini.

Caranya, isikan air ke dalam plastik jernih dan gantungkan pada kawasan yang banyak lalat. Kalau nak elakkan daripada memasuki rumah, gantungkan pada pintu dan tingkap.

Menurut Home Remedies For Life, teknik ini akan mempengaruhi deria penglihatan lalat. Lalat juga dipercayai akan menjauhinya kerana ilusi optik seakan-akan sarang labah-labah.

Kalau nak lagi berkesan, memasukkan beberapa keping syiling untuk menambahkan ‘silau’ kepada lalat ini.

TIMUN – Untuk mengelakkan lalat daripada bertelur pada tong sampah anda, letakkan hirisan timun di sekitar tong sampah atau di atasnya. Tujuaannya adalah untuk mengelak lalat bertelur di kawasan tong sampah. Anda juga boleh letakkan timun di atas meja atau di sekitar pintu dan tingkap rumah.

KAYU MANIS – Caranya mudah sahaja iaitu tumbukkan kayu manis dan jadikan ia sebagai pewangi dalam rumah.

Untuk lebih berkesan, anda juga boleh tambah bawang putih dan serbuk cili ke dalam kayu manis yang ditumbuk tadi. Masukkan ke dalam kain perca dan gantungkan.

DAUN KARI – Ambil secekak daun kari dan rendamkan ke dalam air bersih. Aroma yang dihasilkan dari daun kari juga boleh menyebabkan lalat tidak suka mendekati rumah anda.

LILIN AROMATERAPI – Apabila menyalakan lilin, habanya akan menyebabkan lalat kepanasan.

Kalau anda menggunakan lilin beraroma lagi berkesan, kerana lalat amat bencikan aroma herba seperti lavender, lemon, atau pudina.

Yang penting semua bahan-bahan diatas adalah BEBAS dari BAHAN KIMIA, SELAMAT dan senang diperolehi.

Ia juga tidak memberi kesan sampingan dan tidak membahayakan kesihatan.

About Sifudurian 209 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*