Tanam Betik dalam Pasu Guna Cara ini – Kaedah TUT

Hai semua! Harini saya nak share cara-cara menge’TUT’ pokok betik agar tumbuh rendang dan sesuai untuk ditanam didalam pasu. Kaedah ini adalah untuk pembiakan tumbuhan yang di lakukan pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada pokok induk.

1. Potong menggunakan pisau atau parang tajam cari bawah 45 sudut, dan letakkan sebatang kayu kecil atau lidi, ketika memotong hendaklah berhati-hati ya sebab pokok betik ni ada getah.

2. Bungkus cocopeat atau sabut kelapa dalam plastik lutsinar dan belah ditengah-tengahnya.

3. Letakkan cocopeat yang teleh dibelah tadi pada pokok betik yang akan di TUT kan.

4. Kemudian, ikat cocopeat yang sudah diapit dengan batang pokok betik dengan tali rafia.

5. Pastikan ikat dengan ketat supaya cocopeat tidak pecah bila akar tumbuh, kalau nak letak hormon penggalak akar lagi bagus supaya proses mengeTUT lebih cepat.

6. Akar akan keluar setelah sebulan, anda bolehlah potong dahan yang sudah di TUT. setelah dipotong, bolehlah masukkan ke dalam pasu.

Selamat Mencuba!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*