Tanam CILI Tidak Semudah Yang Anda Fikir Tanpa ILMU – Mindset Petani Berjaya

Ramai yang ingin memulakan tanaman CILI secara Fertigasi kerana hasil pulangan yang agak lumayan. Harga semasa sekitar rm30-50 sekilogram tengok tempat.

Pokok cili mudah kena penyakit. Kena dibelai manja setiap hari. Kalau kurang racun cili mudah diserang kulat dan dan serangga. Virus sangat suka menyerang pokok cili.

Bukan itu sahaja, cili tidak boleh terlebih baja, Kena racun setiap hari. Bukan satu racun tapi 7 jenis dan kena selang seli supaya pokok tidak lali dengan racunnya.

Kalau pekebun harapkan SISTEM FERTIGASI semata2 dan biarkan tanpa penjagaan dengan penuh kasih sayang, pokok takkan berbuah seperti yang kita harapkan.

Pokok cili yang berpenyakit haruslah dibuang, jangan sayang nak simpan kerana ia boleh berjangkit pada pokok cili yang lain.

Cili ini boleh BUAT DUIT jika kena cara penjagaannya. Ada Formulanya untuk BERJAYA dalam tanaman cili secara fertigasi ni.

Bukan main langgar dinding je. Sebaiknya anda kena sertai mana2 KURSUS dahulu, pelajari ASAS dan cara mulakan tanaman cili secara TEORI dan PRAKTIKAL.

Dalam menanam cili, tidak boleh TAMAK. Buat sikit-sikit dulu, jangan terus buat banyak-banyak, jangan terus nak untung BESAR.

Belajar dulu sistem dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH. Mindset petani berjaya adalah TIDAK mudah PUTUS ASA.

Cili kena di beri perhatian sepenuhnya. Kena faham apa penyakit dan ubatnya. Dalam bisnes begitu juga, tdk boleh harapkan orang lain sepenuhnya.

Anda sendiri kena TURUN berlumpur dari awal untuk menjayakan bisnes anda.

PERCAYALAH hasil yang kita dapat pasti SETIMPAL dengan USAHA jika kita buat dengan FOKUS dan penjagaan yang baik.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di wall fb anda terima kasih – Sifudurian

Kursus Fertigasi 014-3016212

 

 

About Sifudurian 163 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*