Tanam Daun Sup Tak Pernah Menjadi, Ini Cara Semai Daun Sup Dengan Betul Dan Mudah!

DAUN SUP ni kalau tak ada kat rumah, masakan serba tak menjadi. Ia adalah penamba aroma untuk menyedapkan masakan.

Kalau beli kat pasar, harga seikat boleh tahan juga harganya. Nak guna pun sikit je, baik tanam sendiri kat rumah.

Bagi ibu2 yang dah banyak kali tanam daun sup tapi tak menjadi, mari saya kongsikan 3 cara menanamnya dengan betul dan senang.

Kaedah pertama : semai biji benih (gambar 1)

Anak pokok sup umur 1 bulan lebih hasil semai biji benih, seminggu 2 lagi dah boleh asing2 kan & pindah ke pasu besar.

Cara semai:
1) siapkan media tanam, saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam. Lepas dah isi ke bekas (cup) saya siram siap2

2) tabur biji benih sikit jer, jangan banyak2 secubit pun dah cukup tak perlu timbus dengan media lagi sebab biji sup ni halus. lepas spray nanti dia akan terbenam sendiri kat celah2 media.

3) spray dengan air,cukup 1-2 kali tembak jer

4) letak tempat teduh, nak tutup boleh tak nak tutup pun boleh

5) spray 2x sehari pagi & petang, insyaAllah tumbuh selepas 7-10 hari, kalau 2 minggu ak tumbuh2 jugak bererti gagal, kena cuba lagi

Kaedah ke 2 : tanam semula akar pokok matang (gambar 2)

Hasil semai akar pokok sup yang dibeli dari pasar, umur dah tak ingat sebab dah banyak kali pindah anak dari induk asal

cara semai :

1) pilih pokok sup yang masih segar dan ada banyak akar yang masih warna putih + ada anak atau tunas kecil, 3 syarat ni WAJIB !!

2) potong semua batang kecuali tunas-tunas kecil

3) rendam dalam air bagi tenggelam akar saja untuk aktifkan akar selama 1-2 hari

4) dah boleh tanam jika nampak akar makin sihat + tunas makin segar & membesar

5) siram sikit2 jer jangan terlebih air, yang ni pun jadi penyebab ramai yang gagal sebab media terlalu lembap dan air bertakung

6) letak tempat teduh dulu selama 1-2 minggu

Kaedah ke 3 : tanam semula anak2 pokok yang tumbuh dari induk pokok hasil dari kaedah 1 atau 2 (gambar 3: pindah anak dari pokok guna kaedah no 2)

Pokok sup umur 1 bulan lepas pindah dari induk gambar sebelum ni.

cara tanam :
1) pokok induk mesti sihat + subur + ada banyak anak-anak pokok yang baru keluar, pilih yang bersaiz setengah jengkal ke atas jer

2) korek atau cabut pelan-pelan, syarat kena ada akar bersama anak pokok tu, kalau cabut tapi tak ada akar baik korang campur dalam sup ja hehe, kena cabut pelan-pelan

3) tanam dan letak kat tempat teduh selama 1-2 minggu sampai pokok stabil

4) siram sikit-sikit ja, sama macam kaedah 1 atau 2, jangan terlebih air

So boleh pilih nak guna cara mana, sekali tanam ja pokok sup ni, insyaAllah boleh makan hasil berbulan-bulan jika rajin praktikkan kaedah no 3.

Selamat mencuba.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share ya terima kasih.

Artikel asal ditulis oleh Pyan Sempoi melalui laman sosial dan saya olah semula.

About Sifudurian 163 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*