“Tanam secara suka-suka.” Suri Rumah Jana Pendapatan RM1500 Sebulan Dengan Menanam Sayur.

1. Siti Nor Fazidah Senin yang berusia 31 tahun. Hobinya yang sekadar hanya suka-suka menanam sayur-sayuran di laman rumah kini mampu menjadi sebahagian dari pendapatan sampingannya.

2. Hasil tanamannya mendapat permintaan dari sekitar kawasan Johor. Selain itu, beliau juga mempunyai pemborong tetap yang akan datang ke rumah untuk mengambil hasil tanaman tersebut sebelum diagihkan ke luar kawasan.

3. Beliau yang berasal dari Felda Bukit Tongkat Kluang, Johor berkata bahawa minatnya terhadapan bercucuk tanam telah wujud sejak dari kecil lagi. Ianya bermula apabila beliau suatu ketika dulu menyertai pertandingan keceriaan.

4. Kini, beliau bukan sahaja mempunyai laman tanaman sendiri, malah mempunyai peminat dikalangan pelanggan. Selain dari menanam sayur-sayuran beliau juga ada menanam pokok bunga.

5. Namun disebabkan permintaan tanaman sayur-sayurannya semakin tinggi, beliau meningkatkan lagi produksi tanaman tersebut. Selain itu, beliau juga ada membekalkan benih tanaman sayuran bagi pelanggan yang mahu berjinak-jinak dalam dunia pertanian.

6. Dari niat sekadar bersedekah kepada jiran tertangga, beliau tidak menyangka bahawa ada permintaan sehingga ramai yang berminat untuk membeli hasil tanaman beliau.

7. Antara hasil tanamannya adalah Kubis, Sawi Jepun, Terung, Daun Sup, Timun Jepun dan lain-lain lagi. Beliau berjaya menjana pendapatan sebanyak RM1500 sebulan.

8. Selain itu juga, mempunyai pengikut di laman Facebook seramai 5,000 orang, beliau rancak berkongsi tentang teknik penanaman yang betul dan selamat dari bahan kimia. Ianya menjadi satu kelebihan kepada beliau kerana menghasilkan tanaman yang sememangnya tiada bahan kimia.

9. Walaupun ianya sekadar bermula kerana suka-suka, sekiranya kita mempunyai minat dan semangat yang tinggi, pastinya apa yang diusahakan akan menimbulkan hasil yang lumayan.

Artikel ini dipetik dari Free Malaysia Today, 7 Februari 2019, dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*