Tanam Terung Tepi Rumah, Berbuah Lebat Sampai Tak Habis Makan. Ikut Tips Ini, Mudah Sangat!

Azuan berkongsi kisah dia dan tanaman terungnya. Katanya pokok terung ini ditanam secara wsuka-suka sahaja di tepi rumahnya. Terung pula jenis antabogal. Mulanya memang tanam dua pokok saja, itu pun sampai tak habis makan.

Ini cara-cara yang dikongsi oleh Azuan, bagaiman dia dapat hasil tuaian terung yang lebat.

Mula-mula sediakan petak tanaman dan tanam dalam petak tanaman. Guna tanah campuran sebagai medium tanaman. Jarak antara pokok adalah 3 kaki.

Seterusnya, tanam anak benih masa umur 35 hari selepas semai.

Sebaik saja tanam benih, terus sembur dengan kawalan organik buatan sendiri. Semburan juga dibuat pada hari kedua dan ketiga lepas tanam. Sembur pada awal pagi.

Kemudian, siram dengan air kosong pada hari pertama dan kedua lepas tanam. Siram pada waktu pagi dan petang. 1 liter setiap kali siram. Macam banyak kan? Tapi ni lah petua nak buah terung subur!

Jangan lupa siram dengan baja subur pada hari ketiga lepas tanam. Kadar pencairan adalah 10 ml larutan stok baja subur untuk 1 liter air. Siram 1 liter satu pokok pada waktu pagi. Sebelah petang siram dengan air kosong sebanyak 1 liter 1 pokok.

Pada hari-hari yang kita tak siram baja, siram dengan air kosong sahaja. Pagi 1 liter, petang pun 1 liter.

Lepastu, siram dengan air baja subur dua kali seminggu sehingga pokok ini berumur 14 hari lepas tanam. (HLT). Saya siram pada umur 3 HLT, 7 HLT, 10 HLT dan 14 HLT. Kadar pencairan adalah 10 ml larutan baja subur untuk 1 liter air. Siram pada waktu pagi, 1 liter 1 pokok. Petang siram dengan air kosong 1 liter 1 pokok.

Bila pokok 17 HLT, 20 HLT, 24 HLT, 27 HLT dan 30 HLT, guna pencairan 15 ml larutan stok baja subur untuk 1 liter air. Siram pada waktu pagi, 1 liter satu pokok. Petang siram dengan air kosong, 1 liter 1 pokok.

Kemudian, sembur dengan bancuhan kawalan organik buatan sendiri pada setiap hari kita siram air baja. Sembur awal pagi. Sembur pada pucuk dan daun muda hingga basah lencun.

Pastikan tiada rumput di kawasan pokok kita sebab rumput ni rumah bagi serangga perosak. Bila tiada rumput, risiko serangan perosak pun kurang dan nak kawal pun mudah. So rajin-rajinkanlah tebas rumput, atau sebelum tanam tu tabur racun rumput.

Boleh start siram dengan air baja buah bila pokok dah 34 hari lepas tanam. Kadar pencairan adalah 15 ml untuk 1 liter air. Siram pada waktu pagi, 1 liter 1 pokok. Petang siram dengan air kosong, 1 liter 1 pokok.

Ulang langkah diatas dua kali seminggu hingga pokok umur 60 hari lepas tanam.

Bila pokok dah start berbuah dan boleh kutip hasil, buang daun yang tak berfungsi setiap minggu.

Akhir sekali, bila pokok umur 64 hari lepas tanam, saya siram dengan baja buah antara 1.5 – 2 liter sepokok. Siram pada waktu pagi dan kadar pencairannya juga adalah sama. Petang siram dengan air kosong, juga antara 1.5 – 2 liter setiap pokok.

Selamat Mencuba!

Kredit : Azuan Abdullah (FB)

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*