Tanaman fertigasi untung ke rugi?

Tapak baru Cerita Baru

Salah satu posting saya dalam satu group dapat kecaman. Katanya, jangan nak menye’satkan dan membuat orang melayu ru’gi dengan projek fertigasi. Kata mereka lagi, projek fertigasi ni sebenarnya indah khabar dari sebenar.

Saya tak menyangkal yang banyak projek fertigasi yang ga’gal. Belum habis semusim dah tutup kebun. Dise’rang serangga dan harga pasaran yang tidak menentu.

Nanti dulu, dalam bisnes ni ” ru’gi dah pasti untung belum tahu “. Jangan sebarang masuk dalam dunia bisnes kalau tak betul-betul pasti. Tapi saya tak setuju mengatakan saya menye’satkan. Saya hanya berkongsi ilmu. Kalau nak kata rugi banyak projek pelik-pelik yang mengalami keru’gian. Macam projek baja organik cacing, projek lintah dan lain-lain.

1. Ada beberapa masej yang nega’tif juga masuk bila cerita saya viral. Ada orang tanya ” berapa sangatlah polybeg tanam boleh untung buat sayur? “. Ada juga tanya ” tanam tepi rumah je, tak profesional. Kenapa tak tanam kat ladang buka kebun besar-besar “.

2. Ada yang tanya juga, ” dah berapa lama guna sistem fertigasi tu. Tanam sayur guna sistem ni rugi. Modal banyak untung sikit. Kejap lagi tutuplah kebun tu “.

3. Yang paling menya’kitkan hati bila ada yang menganjing konon saya cuma jual video dan kursus dan bukan pekebun sebenar.

4. Sebenarnya, saya tak buat jawab sangat pandangan nega’tif dari sesetengah pihak. Saya biarkan sahaja dan banyaknya tak baca pun.

5. Saya sebenarnya buat kecil-kecilan tepi rumah kerana nak cari formula ekonomi rakyat. Maksudnya pendapatan orang kampung jika dalam pertanian hanya tanam tepi rumah. Jika ada kebun dan ladang besar tu mana ramai yg mampu buat dengan modal yang besar. Jadi hasrat saya hanya jadikan contoh dan buat formula untuk orang kampung dan boleh jana pendaptan sikit-sikit dari rumah.

6. Keliling rumah saya taklah banyak. Dapat juga selit 10K polybeg dengan pelbagai jenis tanaman yang digilirkan. Ini buat tapak baru lagi bila ada untung sikit.

7. Alhamdulilah. Hampir empat tahun dah saya berkebun secara fertigasi. Belum ada hasrat nak berhenti lagi kerana yg lebih besar nikmatnya adalah nikmat sihat dan tenang.

8. Kenapa jual kursus?. Ini saya pelik kenapa orang kita tak setuju. Saya berikan pilihan. Tak pernah rasanya saya paksa mana-mana orang nak hadir kursus. Nak buat apa-apa kena ilmu. Kenapa kita selalunya ga’gal kerana kita tak ada mentor.

9. Kita tak nak belajar dari orang lain. Kita lebih sanggup membayar yuran kega’galan yang banyak asalkan buat cara sendiri. Saya hanya berusaha untuk #memandaikanbangsa. Kebetulan saya punya syarikat training yang berlesen.

Jadi dimana salahnya?.

Kredit: FB Coach Bahar

#PertanianSatuPerniagaan.

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*