Tanaman Yang Berpotensi Tinggi Selain Durian

Tahun 2019 hampir meninggalkan kita, pengusaha sudah boleh membuat kira-kira atau pengiraan untuk tahun 2020.

Tanaman apa yang berpotensi untuk tahun 2020.

Sekarang mari kita lihat tanaman yang mendapat permintaan import yang tinggi pada 2018.

Sekarang tahun 2019 kenapa lihat tahun 2018?

Ini kerana data lengkap untuk tahun 2019 hanya akan keluar pada tahun 2020.

Tidak jadi masalah ini kerana data tiga tahun ke belakang adalah valid untuk kita buat perancangan.

Tanaman ini terpaksa diimport kerana tidak cukup bekalan di dalam negara kita.

Justeru itu, wujudnya peluang untuk pengusaha – pengusaha bagi memenuhi kekurangan bekalan ini.

Lima tanaman yang berpotensi dengan nilai import yang tinggi adalah seperti dibawah:

Cendawan RM 348.9 juta– Merangkumi pelbagai jenis cendawan terutama cendawan butang.

Cili RM 179.8 juta – Terutama cili merah atau besar dalam bentuk segar. Peluang tinggi di sini.

Halia RM 277.1 juta – Tanaman yang paling tidak popular dengan nilai import kedua tertinggi.

Kelapa RM 217.3 juta – potensi tinggi tapi minima kawasan penanaman untuk skala ekonomi adalah 50 ekar.

Mangga RM 14.6 juta – potensi untuk mangga selain daripada harumanis.

Pengusaha boleh lihat potensi, pengurusan dan paling penting pulangan pelaburan bagi setiap jenis tanaman ini.

Selamat berjaya – Myagri

.

Artikel berkaitan…

Tips Nak Besar Rizom Halia

Semakin ramai pengusaha fertigasi mengusahakan tanaman halia secara fertigasi untuk pengeluaran halia muda dan tua.

Tapi ramai pengusaha fertigasi halia gagal mendapat hasil halia yang berkualiti dan baik.

Menurut pakar halia purata berat halia muda ada sekitar 2.4 manakala bagi halia tua pula 4.4 kg.

Kedua-dua maklumat ini adalah hasil halia yang ditanam secara fertigasi.

Jadi bagaimanakah caranya untuk kita mencapai hasil purata yang berkualiti dan mencapai berat ini?

Kami sempat berbual dan mendapat tips daripada pakar halia dalam negara yang namanya enggan didedahkan.

Berikut kami kongsikan 6 tips bagaimana nak besar rizom halia secara tanaman fertigasi.

Gunakan baja fertigasi halia yang betul. Banyak orang tanam halia fertigasi tapi guna baja cili. Jadah dia.
Pengagihan baja kena betul daripada peringkat awal.

Baja halia kena cukup pasal halia menggunakan baja dengan baja. Pemberian air kena cukup. Jangan lebih dan jangan kurang.

Netting hitam kena pasang. Gunakan net hitam 50 – 70%. Gunakan saiz benih yang betul. Jangan kecil sangat. Gunakan benih halia bebas penyakit.

Selamat bercucuk tanam – Rentas asia

About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*