Tanaman yang memberikan cepat pulangan

Lagi singkat tempoh penanaman, lagi cepat duit pelaburan dapat diputar semula ke musim penanaman seterusnya. M0ga info tanaman yang memberikan cepat pulangan ini bermanfaat.

Artikel tanaman yang memberikan cepat pulangan ini ditulis 0leh Puan Sharifah Nur Rahimah dan asalnya telah diterbitkan di SekolahBisnes.net.

Ia hanya memerlukan masa yang singkat untuk menuai hasil. Lagi singkat tempoh penanaman, lagi cepat duit pelaburan dapat diputar semula ke musim penanaman seterusnya.

Saya ringkaskan maklumat tersebut dalam bentuk carta berikut:

Tanaman Yang Memberikan Cepat Pulangan

Tanaman sayuran berdaun seperti sawi, bayam, kangkung dan juga bendi adalah yang paling cepat musim penanamannya iaitu dalam temp0h 4 minggu.

Kacang buncis, kacang panjang, kobis, timun, jagung dan labu manis adalah tanaman yang mengambil masa 3 bulan untuk melengkapi musim penanamannya.

Tanaman seperti cili, halia muda, terung dan t0mato mempunyai 6 bulan tempoh penanamannya. Tanaman yang paling lama dalam carta ini adalah halia tua dan ubi kayu iaitu mengambil masa 8-9 bulan.

Kesemua tanaman ini mengambil masa kurang dari 1 tahun dan amat sesuai untuk dijadikan tanaman ‘cash crop‘.

Terdapat usahawan tani atau agroprenuer yang mengintegrasi tanaman cash crop ini dengan tanaman saka yang lain seperti di ladang kelapa sawit dan getah. Tanaman saka bermaksud tanaman yang hidup lebih dari 2 tahun.

Tanaman kelapa sawit dan getah yang baru mula kebiasaanya mengambil masa 3-5 tahun untuk hasil pertama mereka. 0leh itu, sementara menunggu pokok membesar, tanaman cash cr0p boleh ditanam di antara jarak tanaman saka tersebut.

Tanaman cash crop masih b0leh menerima penuh cahaya matahari disebabkan pokok kelapa sawit atau getah yang masih kecil.

Ia tidak sesuai untuk diintegrasi di ladang kelapa sawit atau getah yang sudah tinggi dan matang. Kawasan di antara tanaman tersebut sudah kurang mendapat cahaya matahari dan redup.

Faktor musim penanaman yang pendek ini juga memudahkan petani atau usahawan tani merancang jadual tuaian supaya dapat memberi hasil setiap bulan.

Penanaman secara berperingkat ini b0leh dilakukan dengan membahagikan kawasan kepada bilangan bulan penanamannya. Namun, perlu berhati-hati dengan pengurusan kawalan pen*yakit dan seran*gan serangga.

Bekalan tanaman sayur-sayuran ini masih belum mencukupi di Malaysia. Tahap sara diri iaitu keupayaan untuk membekalkan permintaan bagi sayur-sayuran di Malaysia masih rendah iaitu 57%.

Oleh itu kami galakkan anda yang baru ingin menceburi bidang pertanian untuk mendapatkan sebanyak mungkin inf0rmasi yang betul.

Selamat menyumbang kepada statistik sara diri sayur-sayuran di Malaysia – Cilibangi.com

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*