Ternakan

Tanggung rugi hampir rm100,000 selepas terjun dalam bidang ternakan !!

Menyesal sangat tak focus beberapa perkara ni dahulu sebelum terjun bidang penternakan!

Tapi masa tak dapat diputar kembaIi, yg dah lepas tu lepas la. Sekurangnya saya dapat belajar apa yg patut disediakan sebelum masuk bidang ni.

Kat bawah saya list 4 perkara yg saya akan buat sebelum buka apa jenis kandang (no 4 paling penting kalau nak start secara kecil-kecilan)

1. Buat kira2 mengenai kos, profit and Iost dan risk management.

Yang belum masuk bidang ni, mesti akan nampak kos haiwan dan makanan je. Tapi sebenarnya ada lagi kos lain yang tersembunyi.

Contohnya manpower, maintenance, ubat, supplement, ‘pinggan mangkuk’, berapa profit per season, apa risk yang perlu elak utk kekalkan profit.

Byk lagi kena ambil kira. Tu tak termasuk lagi marketing kos dan after sale service.

2. Strategy apa yg paling sesuai dgn jenis ternakan, location kandang/reban, dan harga yg paling banyak demand.

Kena pastikan anda fulfill semua ni kalau taknak bela secara paksa rela. Takut terlebih kos pengurusan.

3. Yang paling penting, sumber makanan haiwan tu sendiri. Adakah kita nak 100% dedak atau ada alternatif lain utk support makanan harian.

Contohnya padang rumput utk ternakan ruminan, ladang jagung utk ternakan unggas.

Kalau ada tempat mcm ni lagi bagus. Berapa byk kos yg kita boleh save.

4. Adakah kita ‘sekung’ dgn ternakan yg bakal kita pilih tu?

Sebenarnya, bukan secara lahiriah kita tak boleh bela sesejenis haiwan tu. Orang kita panggil tak sekung disebabkan ilmu tak cukup.

Saya dulu ingatkan tak sekung jugak, rupanya kalau belajar lebih details, perkataan sekung tu sebenarnya utk orang yg malas belajar dan kurang motivasi.

Orang yg ada ilmu, yg sakit boleh sihat, yg sendu jadi aktif, yang kurus jadi gemok.

Sebab tu pentingnya ilmu sebelum mulakan apa2 sahaja tindakan. Fikir sebelum buat.

Saya sendiri pun masih belajar lagi, melawat kandang orang lain, belajar drpd pengalaman orang lain, baca buku 2 buah seminggu. Semua ni utk jadi ‘SEKUNG’.

Saya tak cakap bela ni mustahil kalau takde ilmu langsung sbb sebelum saya mulakan bisnes ni, sentuh lembu pun tak pernah. Jumpa lembu je buka 1000 langkah sbb takut kena ‘sodok’ 😂😂😂

Tapi semua ni achievable dan possible kalau anda betol2 nak. Yang taknak akan bagi 1001 alasan, yang nak akan cuba 1001 cara. Betol?

Jadi anda bagaimana? Nak teruskan jugak? Follow je page Pfarm utk tambah ilmu dan belajar drpd pengalaman orang lain.

P/s : sebenarnya byk lagi yg saya nak share dlm page ni. Boleh anda sharee sikit posting ni tanda support saya dan team. Lagi byk yg support, lagi semangat kami nak bagi tips dan ilmu utk anda semua.

Edit : saya rasa nak buat baju utk community kita. Menarik tak? Sape setuju komen Yes kat bawah. Kalau ramai kita proceed dlm masa terdekat InshaAllah

Kredit: Facebook Pfarm

FB IMG 1645245176573

admin

to update

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button