Tasmanian Devi1 lahir selepas 3,000 tahun

SYDNEY: Buat pertama kali dalam sejarah, spesies haiwan karnivor, Tasmanian Devi1 selamat dlahirkan di kawasan darat Australia selepas lebih 3,000 tahun.

Menurut ahli konservasi, sebanyak tujuh ekor bayi dilahirkan dan haiwan itu akan ditempatkan di tempat perlindungan haiwan liar Barrington Tops, di Sydney, 0ktober lalu.

Sebelum ini, Tasmanian Devi1 yang dian*cam kepupusan dipercayai hilang di kawasan darat setelah bersaing dengan Ding0 yang menewaskan haiwan lain ketika memburu makanan.

Walaupun spesies Dingo tidak terdapat di Pulau Tasmania, populasinya pupus disebabkan serangan pen*yakit.

Sebanyak 90 peratus populasi haiwan itu terbu*nuh akibat ba*rah yang menular iaitu penya*kit tum0r pada bahagian muka.

Sehingga kini, terdapat 25,000 haiwan liar Tasmanian Devi1 tinggal di pulau itu.

Tahun lalu, ahli konservasi melepaskan 26 spesies dewasa dengan tujuh daripadanya adalah betina ke pusat perlindungan berkeluasan 400 hektar.

Dijangka sebanyak 20 bayi dapat dilahirkan tahun depan.

“Tujuh bayi itu disahkan dalam keadaan sihat. Pasukan akan terus memantau ibu bayi itu dengan kamera tersembunyi beberapa minggu lagi,” katanya.

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*