Teknik Menanam Timun

LADANG – Jika anda nak tanam timun secara konvensional di ladang, tanah perlulah dibajak dan gemburkan terlebih dahulu sedalam 15 sm hingga 22 sm.

Kemudian, buat batas yang berukuran 1.2 m lebar, 25 sm tinggi dan panjangnya. Salah satu tujuannya adalah mengelakkan air bertakung.

Jarak antara batas ialah 30 sm. Gaulkan baja tinja ayam reput ke dalam tanah bagi kawasan 100 meter persegi. Sebaiknya tunggu selama 1 minggu sebelum menanam timun.

CARA TANAM – Semai terus 2 biji benih selubang sedalam 2.5 sm. Jarak tanaman ialah 60 sm antara pokok dan 60 sm antara baris.

Untuk kawasan seluas 100 meter persegi, benih timun yang diperlukan adalah sebanyak 15 gm. Penjarangan dilakukan 10 hari selepas menanam. Tinggalkan sepokok selubang.

Untuk membuat sokongan, gunakan kayu junjung atau buluh sepanjang 2 meter.

PASU РMedia tanaman yang digunakan ialah tanah campuran seperti top soil, tanah kompos dan pasir dengan ratio 40:40:20.  Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 sm dari permukaan pasu.

CARA MENANAM – Semai terus 2 biji benih ke dalam pasu sedalam 2.5 sm. Tinggalkan satu pokok sepasu 2 minggu selepas menanam. Gunakan rumput-rumput kering sebagai sungkupan supaya tanah sentiasa lembap.

FERTIGASI – biasanya menggunakan media tanaman cocopeat atau sabut kelapa hancur dan baja AB. Siraman baja diantara 4-5 kali sehari dengan sukatan EC meter yang betul.

PENYIRAMAN – Timun memerlukan air yang cukup untuk tumbuh subur. Siram dua kali sehari kecuali hari hujan.

BAJA – perlu ditabur atau di spray pada minggu ke 2, 4 dan 6 selepas menanam. Sebaiknya gunakan baja subur foliar organik.

KAWALAN SERANGGA – Pastikan pokok timun dipantau setiap hari untuk mengelak kutu daun, kulat dan penyakit lain, gunakan semburan racun yang sesuai.

TEMPOH MENUAI – Boleh memungut hasil pada minggu ke 7 atau ke 8. Kutipan hasil tanaman dibuat dua hari sekali.

Harga timun di pasaran adalah sekitar rm1.50-3.00 sekilogram. Jika jual secara borong, harga lebih murah.

Semoga dapat membantu anda memulakan tanaman timun – Sifudurian

Kredit: Agromalaysia.my

About Sifudurian 209 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*