Teknik Pantas Semai Lemon Dalam Pasu Melalui Daun. Ikut 3 Langkah Ini

Lemon, limau kasturi, limau kapas, limau bali atau pamelo, limau purut antara tanaman yang mudah di biak melalui keratan batang atau TUT.

Namun tidak ramai yang tahu teknik terbaru ini cara menanam lemon dan jenis limau lain melalui daun. Anda boleh cuba experiment ini sediri dan lihat hasilnya.

1. Ambil daun beserta tangkainya dari pokok limau atau lemon yg dah matang, jangan ambil yang masih muda sebab ia cepat layu dan peratus hidup dan berakar adalah rendah. Pilih daun yang sihat dan tidak berpenyakit.

2. Media semaian adalah tanah kompos atau tanah hitam yang subur. Rendam tangkai daun limau tersebut selama 1 jam dengan menggunakan hormon penggalak akar.

3. Tanam tangkai dan daun sehingga separuh ke dalam media tanaman. Siram mengikut keperluan. Jangan terlalu lembap dan kering. Sungkup dengan plastik lutsinar atau tembus cahaya tanpa lubang. Akar akan tumbuh sekitar 4-6 minggu.

Apabila akar kelihatan, bolehlah pindahkan ke polybag atau pasu besar. Tunas baru akan keluar di celah-celah batang daun tadi. Selamat mencuba.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share di facebook anda.

About Sifudurian 160 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*